Justeru, ia memberi peluang kepada kita untuk merasai keenakan variasi buahan dengan mudah.

Jenama minuman popular, Tropicana menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini telah berkongsi beberapa fakta menarik mengenai tiga buah iaitu oren, mangga dan pisang yang pasti memukau anda.

Ia bersempena dengan produk terbaharu keluarannya, Tropicana Essentials Orange Blend, Mango Blend dan Banana Blend.

Bagi buah oren, ia menyatakan, Brazil merupakan pengeluar terbesar buah tersebut dan menggunakan lebih 70 peratus keluarannya untuk pembuatan jus.

Buah oren juga merupakan hibrid kepada limau bali dan mandarin. Buah yang berasal daripada perkataan Sanskrit ini mengandungi antioksidan dan antikarsinogenik.

Sementara itu, buah mangga pula sangat versatil dan boleh digunakan dalam pelbagai hidangan termasuk dimakan mentah, dimasak dan dijadikan menu pencuci mulut yang lazat.

Bertenaga

Selain itu, buah mangga juga merupakan buah yang kerap dimakan di seluruh dunia dan turut digelar Raja Buah di sesetengah negara.

Ia juga buah kebangsaan bagi negara India, Pakistan, Filipina dan juga pokok kebangsaan bagi Bangladesh.

Mengenai pisang pula, sebiji pisang boleh menyediakan sehingga 23 peratus potassium.

Potassium membantu otot-otot dalam badan supaya dapat berfungsi dengan baik selain mengelakkan kekejangan.

Pisang juga mengandungi vitamin A, B, C dan D yang membantu fizikal dan mental anda bertenaga.

Menurut beberapa kajian, pisang boleh meningkatkan mood kerana ia membantu badan menghasilkan serotonin (kimia hormon gembira).

Justeru, dengan kebaikan buah-buahan tersebut, Tropicana telah mengeluarkan tiga variasi berbeza Tropicana Essentials iaitu pisang, oren dan mangga dengan gabungan beberapa buah lain itu bagi memenuhi keperluan pemakanan harian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Tropicana, pengambilan satu pek Tropicana Essentials Orange Blend akan memberikan anda keperluan vitamin C dengan mudah.

“Jus oren itu yang turut digabungkan dengan epal mengandungi vitamin A, B3, B6, C dan E.

“Dua pek Tropicana Essentials Banana Blend yang dicampurkan anggur putih dan strawberi pula cukup untuk memenuhi keperluan kalsium harian anda,” kata kenyataan itu.

Pengguna juga boleh mendapatkan keperluan zat besi dengan pengambilan dua pek Tropicana Essentials Mango Blend yang mengandungi 5.3 miligram zat besi dalam setiap peknya yang menggabungkan rasa lazat mangga, oren dan epal.

“Tiga variasi itu bagus untuk mereka yang mahu meningkatkan nutrien dalam badan tanpa perlu membuat penyediaan yang rumit.

“Oleh itu, sebelum anda mencuba produk terbaharu Tropicana Essentials cuba ingat kembali fakta-fakta tentang buah tersebut dan kongsikan kepada semua,” katanya.

Satu pek berisipadu 330 mililiter dijual pada harga RM4.50.