Jersi penyokong pasukan yang menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) pada tahun lalu itu masih mengekalkan warna merah pada jersi utama, putih (jersi kedua), hitam (jersi ketiga).

Pengarah NDS Holdings, Munas Van Boonstra berkata, pelancaran jersi berkenaan sangat bermakna dan penting buat NDS Holdings.

Jelasnya, pihaknya juga teruja dapat bekerjasama dengan kelab terbaik di Liga Perdana England dan Eropah itu dengan memiliki sejarah kejayaan yang panjang.

“Liverpool mempunyai jumlah penyokong fanatik yang besar di seluruh dunia termasuk di negara ini.

“Justeru, kami mengambil kesempatan dengan membantu kelab ini berhubung lebih rapat dengan para penyokong,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Majlis pelancaran jersi turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor yang juga penyokong setia Liverpool, Amirudin Shari.

NDS Holdings juga bertanggungjawab mengedar jersi Retro Liverpool FC di negara ini. Penyokong boleh mendapatkan jersi ikonik yang dipakai pada tahun cemerlang pasukan The Kops itu.

Menariknya, jersi retro berkenaan telah direka semula mengikut kesesuaian dan selera para penyokong pada masa kini.

“Para penyokong boleh mendapatkan jersi ini di kedai sukan Al-Ikhsan dan Parkson Malaysia. Ia juga boleh didapati menerusi aplikasi Lazada, Shopee Mall, Presto Mall dan Jesselton Reds,” katanya.

Harga

Jersi pasukan penyokong boleh didapati dengan harga RM99 sehelai manakala jersi retro dijual antara RM199 ke RM339 sehelai.

Maklumat lanjut mengenai jersi rasmi penyokong Liverpool FC dan retro, boleh didapati dengan melayari www.noble-ds.com dan Facebook @nobleds serta Instagram @nobleds.