Selaras dengan itu, Colgate memperkenalkan rangkaian ubat gigi yang diinspirasikan oleh alam semula jadi iaitu Colgate Naturals. Ia dirumus khas untuk memenuhi kehendak pengguna yang tertumpu kepada gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Ia mengandungi ekstrak semula jadi seperti minyak lemon, minyak pohon teh, aloe vera, garam rumpai laut dan garam kristal. Colgate Naturals memperkenalkan tiga variasi iaitu Pure Fresh, Real White dan Gum Comfort.

Pengurus Besar Colgate-Palmolive Malaysia Peter Torrington berkata, Colgate sebagai peneraju produk penjagaan kesihatan mulut, sentiasa memberi fokus kepada inovasi produk yang memahami kehendak pengguna.

“Sebagai jenama keluarga yang dipercayai di seluruh dunia untuk penjagaan kebersihan mulut, fokus kepada inovasi telah lama dipupuk dan ia menjadi dorongan untuk kami mengenal pasti produk baharu yang mampu memenuhi keperluan pengguna yang sering berubah.

“Colgate telah membantu membentuk semula penjagaan kesihatan mulut. Hari ini, kami meneruskan usaha dengan memperkenalkan Colgate Naturals,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di Kula Lumpur baru-baru ini.

Diinspirasikan daripada bahan semula jadi, barisan produk ubat gigi Colgate Naturals dihasilkan bertujuan memberikan nafas baharu dalam kategori penjagaan kesihatan mulut, sejajar dengan kehendak dan kesedaran pengguna yang ingin meningkatkan kesejahteraan diri mereka.

Untuk variasi Colgate Naturals Pure Fresh ia mengandungi minyak lemon dan ekstrak lidah buaya untuk kesegaran nafas lebih lama. Kesegaran lemon memberikan mulut rasa yang lebih bersih; manakala bagi Colgate Naturals Real White pula ia mengandungi garam rumpai laut dan garam kristal. Ia menjadikan gigi putih secara semula jadi, rasanya unik dengan sedikit rasa garam selepas memberus gigi.

Colgate Naturals Gum Comfort pula dihasilkan dengan gabungan minyak pohon teh dan ekstrak aloe vera untuk penjagaan serta perlindungan semula jadi, menjadikan gigi dan gusi lebih sihat.