Berbekalkan misi untuk menyangkal tanggapan salah terhadap protein dan membantu golongan belia memahami peranan protein dalam kehidupan harian, Milo kini memperkenalkan Milo PROTEIN UP, satu produk sedia diminum terbaharu yang dirumus khas untuk golongan itu.

Ia dapat meningkatkan pengambilan protein dalam kalangan belia yang ingin memulakan gaya hidup cergas dan aktif.

Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nestle Ready-to-Drink Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen berkata, ia padat dengan 13 gram protein yang bersamaan dengan kandungan protein dalam dua biji telur ayam. Satu hidangan Milo PROTEIN UP memenuhi 21 peratus saranan pengambilan protein harian golongan dewasa berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017 untuk lelaki berusia 18 hingga 59 tahun.

“Protein juga merupakan blok binaan asas untuk otot yang menyokong pergerakan kita setiap hari, di samping membantu membina kekuatan. Ia bertambah efisien apabila digabungkan dengan latihan rintangan.

“Kami teruja untuk melancarkan Milo PROTEIN UP dalam usaha berterusan pembekalan tenaga yang berkhasiat kepada pengguna belia ke arah gaya hidup cergas dan aktif,” katanya.

Jelas Su Yen, Milo PROTEIN UP berbeza dengan produk Milo lain dan memberikan pilihan kepada orang ramai dalam mendapatkan produk tinggi protein untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka.

“Kami di Milo akan terus menerajui inovasi produk yang bukan sahaja menyokong gaya hidup aktif pengguna kami, malah memberi inspirasi kepada mereka untuk mengorak langkah pertama ke arah mencapai cita-cita yang lebih besar.

“Dengan Milo PROTEIN UP, kami berharap belia menyedari bahawa kami sentiasa berada di sisi untuk memberi sokongan berterusan kepada mereka,” ujarnya.

Boleh didapati dalam botol yang mudah dibawa ke mana-mana, Milo PROTEIN UP sedia dinikmati pada bila-bila masa.

Dengan rasa kurang manis, Milo PROTEIN UP juga menyerlahkan rasa unik minuman coklat malt yang merupakan kegemaran rakyat Malaysia turun-temurun itu.

Milo PROTEIN UP boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan myNEWS di seluruh negara pada bulan Julai lalu sebelum memasuki pasaran umum bermula bulan ini.