Kerjasama tersebut bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai pilihan transit penumpang khususnya pelancong dari Malaysia ke IIA sambil mempromosikan rangkaiannya ke Amerika.

Pengarah Pemasaran Penerbangan IIA, Kim Hyeongil berkata, sebagai hab utama syarikat penerbangan Korea Selatan, IIA merupakan lapangan terbang utama yang menghubungkan Asia dan Amerika.

“Sejak melancarkan usaha samanya pada Mei 2018, Korean Air dan Delta telah beroperasi dengan pantas selain menawarkan lebih banyak laluan udara yang selesa ke 80 destinasi di Asia dan 290 destinasi di Amerika Utara dan Selatan dengan kekuatan rangkaian meluas mereka yang berpusat di IIA.

“Semenjak Terminal 2 dibuka kepada penumpang dengan kemudahan fasiliti terkini pada bulan Januari tahun lalu, IIA telah menyediakan penumpang transit dengan perkhidmatan dan peluang yang lebih mudah untuk pengalaman yang benar-benar istimewa,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Terminal baharu

Ketika kedua-dua syarikat penerbangan Skyteam termasuk Korean Air dan Delta menggunakan terminal baharu, laluan pejalan kaki yang bergerak pantas membolehkan penumpang menyelesaikan transit mereka dalam masa hanya 45 minit.

Kelengkapan penumpang secara automatik disediakan ke destinasi akhir mereka tanpa memerlukan perhatian lanjut semasa transit.

Katanya, untuk semua penumpang yang menggunakan IIA, mereka boleh menggunakan perkhidmatan bilik mandi dengan peralatan mandian seperti tuala, syampu dan pengering secara percuma yang beroperasi 24 jam.

Mereka juga boleh berehat di zon tidur percuma yang terletak di kawasan bilik singgah.

Di samping itu, penumpang digalakkan untuk mengambil bahagian dalam program untuk merasai budaya tradisional Korea seperti membuat kraf tangan.

Mereka juga boleh mengunjungi kedai-kedai bebas cukai di dunia atau taman lapangan terbang tertutup sebelum menuju ke penerbangan mereka.

Peribahasa Melayu

14