Salah satu kelebihan mempelajari ilmu Qiraat ini ialah seseorang dapat mempelajari dialek bangsa Arab daripada pelbagai suku.

Sehubungan itu, satu kelas pengenalan ilmu Qiraat Imam Abu Amru iaitu salah satu daripada Imam Qiraat dibuka kepada mereka yang berminat untuk mempelajarinya.

Siapakah Imam Abu Amru? Beliau ialah salah seorang daripada imam qurra yang mahir dalam ilmu qiraat dan nahu serta ilmu hadis.

Dua perawi beliau ialah al-Duri dan al-Susi. Kaedah Qiraat Abu Amru melalui riwayat al-Susi yang tidak ada dalam qiraat tujuh yang lain ialah idgham kabir. Qiraat Abu Amru juga mengamalkan bacaan taqlil dan imalah pada kalimah tertentu.

Tenaga pengajar pengenalan Qiraat Abu Amru ialah pensyarah al-Quran dan Qiraat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Ustaz Rahim Jusoh. Tempoh pengajian pengenalan adalah selama empat bulan sebelum ke kelas lanjutan. Tempat sangat terhad dan yuran dikenakan untuk peserta yang berminat.