Chad terbahagi kepada dua zon iaitu zon utara yang mempunyai penduduk majoriti Muslim yang merangkumi 80 peratus daripada populasi penduduk.

Zon selatan pula diduduki oleh penganut Kristian dan kepercayaan animisme menjadikan pegangan keseluruhan penduduk seramai 15 juta orang.

Bahasa rasmi bagi negara tersebut ialah bahasa Perancis dan Arab kerana Chad sebelum ini pernah dijajah oleh Perancis.

Dari segi ekonomi, Chad merupakan salah satu negara termiskin di dunia kerana majoriti penduduknya masih bergantung pada sektor pertanian dan penternakan tradisional.

Namun, mereka turut mempunyai hasil minyak yang dibangunkan oleh Petronas.

Pemerintah Islam

Dalam pada itu, Chad juga menjadi lokasi utama pelarian dari negara-negara Afrika yang lain kerana ia adalah satu-satu negara yang ditadbir oleh pemerintah yang beragama Islam serta diberikan bantuan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Justeru itu, Savanah Marketing Sdn. Bhd., (Savanah Marketing) menganjurkan Aqiqah Qurban For Ummah (AQ4U) bagi memudahkan umat Islam di negara itu melaksanakan ibadah korban pada bulan depan.

Pengarah Urusan Savanah Marketing, Muhammad Hirman Mukhtar berkata, pihaknya menyasarkan untuk membantu lebih 5,000 keluarga di negara tersebut menerusi pengagihan daging lembu kepada golongan miskin dan mangsa pelarian.

“Matlamat AQ4U adalah untuk melahirkan perasaan ukhuwah dan kemanusiaan merentasi negara, bangsa serta warna kulit.

“Pada masa yang sama, kami ingin memudahkan umat lslam di Malaysia melaksanakan ibadah korban dengan harga berpatutan iaitu hanya RM300 untuk satu bahagian lembu dan RM450 bagi akikah,” katanya.

Muhammad Hirman menambah, semua peserta AQ4U yang terlibat akan diberi gambar, video program dan sijil di Chad dalam tempoh 30 hari selepas Hari Raya Aidiladha bulan depan

Jelas beliau, tarikh tutup penyertaan AQ4U itu pada 19 Ogos ini tetapi pihaknya sedia memberi pertimbangan selepas tarikh tersebut.

“Ibadah korban harus dipindahkan ke negara yang terdapat ramai orang yang lebih memerlukan. Maka boleh disimpulkan, adalah harus dan sah hukumnya dilaksanakan secara wakil ke luar negara tetapi terbaik dan tiada khilaf di tempat sendiri,” katanya.

Sementara itu, Savanah Marketing ditubuhkan sejak tahun 2006 dan berpengalaman melaksanakan ibadah korban di luar negara sejak tahun 2016 dan tahun dengan kerjasama badan-badan kebajikan Islam.

Bermula awal tahun ini, syarikat itu mengadakan ibadah akikah di Chad setiap bulan menerusi kerjasama Yayasan Al-Huda dan Yayasan Al-Birr yang merupakan Majlis Agama Islam di Chad.

Bagi yang berminat menyertai program AQ4U, mereka boleh menghubungi talian 019-278 6246 atau 019-358 6246 serta layari Facebook, Aqiqah Qurban for UMMAH.