Justeru, ia sesuai dijadikan tanaman pemanjat seperti memanjat batang kayu atau boleh juga ditanam sebagai tanaman gantung.

Bunganya adalah daripada jenis majmuk tampil dalam gugusan serta mengeluarkan bau yang harum terutama pada waktu malam.

Kuntuman bunganya berbentuk unik seakan-akan bentuk bintang yang terdiri daripada lima kelopak berwarna merah muda pekat dan pengasuh bunganya berwarna merah tua yang seakan-akan dilitupi baldu.

Bunganya digelar sebagai wax flower dan porcelain flower kerana seakan-akan diperbuat daripada lilin atau tembikar. Ia mempunyai daun berbentuk bujur panjang dan kuncup di hujung berwarna hijau tua berbintik-bintik warna perak seakan-akan aluminium.

Daunnya yang agak tebal itu juga seperti diselaputi lilin di bahagian atasnya. Terdapat akar udara yang tumbuh pada batangnya yang matang dan ini memudahkannya untuk tumbuh menjadi pokok baharu.

Batangnya juga seperti diselaputi lilin dan sebab itulah juga ia digelar sebagai wax plant atau pokok lilin. Pertumbuhan pokoknya agak perlahan tetapi ia tumbuh subur jika dibiarkan hidup secara semula jadi seperti dibiarkan memanjat batang kayu dan sebagainya.

Pembiakan:

Ia mudah dibiakkan menggunakan keratan batang berdaun sebaiknya yang telah mempunyai akar.

Keratan batang ini boleh disemai dulu dalam pasir sungai atau ditanam terus dalam medium tanaman kekalnya.

1) Siram dua kali sehari pada waktu pagi dan petang. Biarkan medium tanamannya sentiasa lembap untuk pertumbuhan yang sihat.

2) Ia sesuai didedahkan kepada banyak cahaya untuk pertumbuhan yang sihat dan cepat berbunga. Kurangnya dedahan kepada cahaya boleh menyebabkan pokok banyak daun besar serta lambat atau kurang berbunga.

3) Semua jenis baja sesuai untuk pokok ini terutama baja organik seperti najis ayam atau kelawar.Berhati-hati jika menggunakan baja bijian yang boleh melecurkan bahagian pokok seperti daun dan batangnya jika terkena.

Penjagaan:

Langkah penanaman:

1) Kerat beberapa batangnya yang mempunyai beberapa helai daun dan potong daun yang paling bawah.

2) Tanam dalam medium tanamannya seperti di bawah. Letak bekas tanaman di tempat teduh dan lembap bagi mempercepatkan pertumbuhan pokok yang baharu.

3) Ia sesuai tumbuh dalam campuran medium tanaman untuk pokok berpasu dalam nisbah 3:2:1 (Tanah peroi:bahan organik:pasir sungai) bagi membolehkan air mudah mengalir keluar.

Idea pameran:

1) Ia sesuai ditanam dan dipamerkan dalam pasu gantung secara solo.

2) Ia juga sesuai ditanam di tanah sebagai pokok pemanjat iaitu dilatih memanjat trellis atau junjung, pergola atau batang pokok lain.

Tip:

1) Potong hujung batang untuk pertumbuhan ranting yang baharu. Jika tidak dipotong pokok ini akan tumbuh memanjang dan meliar tidak terkawal.

2) Sembur daunnya untuk kelihatan cantik dan subur terutama pada hari terlalu panas.

3) Berhati-hati ketika memotong batangnya yang panjang dan tidak berdaun berkemungkinan terdapatnya kudup bunga di situ.