Pada awalnya, syarikat itu dikenali sebagai Institut Penyelidikan Teknik Honda yang berpangkalan di Hamamatsu, Jepun sebelum ia bertukar kepada syarikat Honda Motor dua tahun kemudian.

Pada peringkat awal, Honda menumpukan perhatian kepada penyelidikan dan pengeluaran motosikal.

Produk awal Honda ialah motosikal berkuasa 50cc yang dikenali sebagai Jenis A.

Setelah menjadi sebuah syarikat pengeluar motosikal terkemuka dunia selama lebih daripada satu dekad, Honda kemudiannya mengeluarkan kereta pada 1963.

Kereta pertama yang dikeluarkan Honda ialah S500 yang mempunyai dua tempat duduk.