Menyedari perkara itu, HeyCha telah membuka kios pertamanya di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur bagi menghidangkan pelbagai jenis minuman berasaskan teh.

Menurut Pengurus Pemasaran HeyCha, Evelyn Lee, kedai tersebut menghidangkan teh segar dengan gabungan buah-buahan menjadikan minuman ini sangat berkhasiat.

“Menghirup secawan teh dan berehat seketika selepas seharian bekerja pastinya detik yang sangat dinantikan untuk menyegarkan badan.

“Kami menyediakan teh yang berkualiti dan sihat untuk dinikmati oleh pelbagai lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui Kosmo! pada majlis perasmian pembukaan kedai pertamanya di pusat beli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

HeyCha menggunakan lima jenis teh terbaik yang diimport dari China iaitu golden premium Oolong, original teh hitam, Yunnan Pu’ Er, teh bunga melur dan green Oolong.

Jenama minuman teh tempatan itu berhasrat untuk menjadi destinasi pencinta minuman teh dan menyasarkan golongan muda.

Sebanyak 31 jenis minuman disediakan seperti teh matcha roasted Oolong milk, teh keju HK Yin yong, teh susu golden premium oolong dan mutiara, signatur teh buah-buahan, sunshine orange, lemongrass twist, summer party dan teh biru.

Ujarnya, teh dengan lapisan keju merupakan minuman yang patut dicuba kerana ia sangat enak dan memberi pengalaman berbeza berbanding teh biasa.

Teh tersebut dibancuh bersama kopi untuk memberikan rasa lebih istimewa dan lapisan keju yang berkrim di bahagian atas bagi memberi kenikmatan berganda.

Sementara itu, bagi mereka yang mahukan rasa yang lebih segar boleh mencuba signatur teh buah-buahan.

Rasanya sangat enak dan menyegarkan kerana ditambah buah-buahan tropika seperti oren, tembikai, mangga, lemon dan limau nipis.

Pada bulan Mac tahun depan, pihaknya akan menambah dua lagi cawangan di pusat beli-belah di ibu kota.