Gua ini merupakan sebahagian daripada saki-baki gletser lembah Mendenhall.

Gletser adalah sebuah bongkah air besar yang terbentuk daripada pembekuan air akibat musim sejuk.

Terletak di lembah Mendenhall berhampiran kota Juneau iaitu bahagian tenggara Alaska. Gua ini dijadikan kawasan dijaga yang termasuk dalam Hutan Kebangsaan Tongass.

Orang ramai yang berkunjung di gua tersebut boleh melihat gletser meliputi gua itu sepanjang 19 kilometer persegi.

Malah, Gua Gletser Mendenhall juga dikenali dengan nama Sitaantaagu yang bererti ‘gletser di balik kota’ atau Aak’wtaaksit yang bererti ‘gletser di balik danau kecil’.

Keunikan gua gletser ini menyebabkan ia menjadi tarikan pelancong. Untuk pergi ke gua tersebut pengunjung perlu menaiki perahu.

Selain itu, pengunjung juga perlu memanjat-memanjat bukit gletser terlebih dahulu, kerana gua itu terletak di bawah glester lembah Mendenhall.

Pemandangan di dalamnya sangat indah, seolah-olah seperti berada di alam lain. Anda boleh menyaksikan indahnya air mengalir di atas langit-langit yang tampak seperti terowongan kaca berwarna biru, batu-batu berwarna kebiruan dan air terjun kecil yang cantik.