Melihat peningkatan trend itu, Restoran Paya Serai membawakan strategi itu sebagai tema utama iftar Ramadan kali ini.

Menurut Cef Restoran Paya Serai, Hardeep Singh, sebanyak 32 gerai berkonsepkan trak makanan akan dibawakan khas dari seluruh negara termasuk kambing bakar, ayam percik, laksa, rojak, sup gearbox dan sate.

“Daripada 32 gerai itu, dianggarkan sebanyak 250 hidangan utama termasuk pencuci mulut disajikan kepada pengunjung setiap hari.

“Hidangan signatur yang mesti dicuba setiap tahun ialah sup gearbox, kambing gril, mediteranean cendol dan apam balik.

“Selain itu, tidak dilupakan hidangan masakan Melayu, Cina, India, Arab dan juga seleksi sajian hidangan Barat,” katanya ketika ditemui Kosmo! di restoran tersebut yang terletak di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bagi menampilkan kelainan, Restoran Paya Serai turut membawakan gerai mi tarik asli yang dipersembahkan secara langsung di trak makanan.

Tambah Hardeep, ia memberikan pengalaman sajian makanan jalanan autentik kepada setiap pengunjung yang hadir berbuka puasa.

Selain hidangan menyelerakan, pengunjung juga akan disajikan dengan lebih 10 jenis minuman seperti air bandung, Milo dan tebu.

Menariknya, pengunjung boleh menikmati mekanisme diskaun yang pelbagai dari 25, 30 hingga 50 peratus menerusi tempahan di aplikasi Eatigo.

Diskaun tersebut tertakluk kepada terma dan syarat.