Lazimnya, pada cuti persekolahan penggal pertama, ibu bapa dan anak-anak akan merancang pelbagai aktiviti menarik.

Resorts World Genting (Genting) antara lokasi yang strategik untuk dikunjungi kerana ia menawarkan pelbagai pilihan istimewa serta unik yang boleh dilakukan seisi keluarga.

Antara tarikan di Genting ialah taman tema tertutup Skytropolis, permainan video BigTop, Snow World dan Muzium Ripley’s Believe It or Not.

Selain permainan, pengunjung dewasa berpeluang membeli-belah di Genting Highlands Premium Outlets atau SkyAvenue.

Usai kepenatan bermain, terdapat banyak restoran yang menawarkan pelbagai hidangan istimewa untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Salah satunya ialah restoran keluarga, Madam Kwan’s yang terletak di Tingkat 1, SkyAvenue.

Menawarkan pelbagai menu dan sajian istimewa, Madam Kwan’s menyediakan makanan cita rasa Malaysia seperti rendang daging, kari kepala ikan dan sambal petai udang.

Lebih menarik, sempena cuti persekolahan ini, restoran itu menyediakan set makanan lengkap untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah.

Terdapat lima menu pilihan yang boleh dicuba antaranya nasi ayam, wantan mi, ayam popcorn, mini hor fun serta sosej mac dan keju.

Nasi bojari

Kesemua menu itu didatangkan bersama dua menu sampingan iaitu buah-buahan seperti tembikai susu dan marshmallow pada harga RM13.80. Tidak dilupakan satu tin minuman perisa epal turut disediakan bersama cawan kecil dan comel.

Madam Kwan’s merupakan sebuah restoran Malaysia yang diusahakan oleh Pengasasnya, Kwan Swee Lian sejak 1977.

Selain hidangan kanak-kanak, menu pilihan dewasa yang menjadi kegemaran ramai ialah nasi bojari (RM35.80) serta nasi lemak (RM26.80).

Sementara itu, bagi pengunjung yang menggemari hidangan Barat pula, Motorino yang dibawakan khas dari Brooklyn, New York, Amerika Syarikat menawarkan seleksi hidangan piza dan pasta beraneka cita rasa.

Hidangan keluarga atau Family Feast itu diperkenalkan pada harga RM98 sahaja. Ia sesuai dinikmati untuk empat orang.

Di dalam hidangan tersebut, pelanggan boleh memilih satu jenis piza, satu pasta, satu bebola daging, salad dan empat minuman tidak kira sama ada panas atau sejuk.

Antara piza yang boleh dipilih ialah Marinara, Pepperoni, Amatricana dan Del Popolo. Di Motorino juga terdapat satu jenis piza istimewa yang telah diolah mengikut cita rasa Malaysia iaitu piza telur dan cili.

Kanak-kanak sering mengalami pertukaran selera semasa membesar.

Justeru, cuba bawa anak-anak anda menikmati makanan Jepun di restoran Tampopo di Sky Avenue.

Tompopo menyediakan tiga set menu untuk kanak-kanak di bawah umur 10 tahun. Set A menawarkan bebola ayam katsu yang boleh dimakan bersama nasi yang di stim.

Set B pula, takoyaki yang dihidangkan bersama kari Jepun dan nasi stim manakala Set C pula adalah ramen ayam bersama rumpai laut. Turut diberikan air serta ais krim percuma. Kesemua set berkenaan berharga RM19.80 untuk satu hidangan.

Ikuti laman web www.rwgenting.com untuk maklumat lanjut.