Tidak hanya orang muda tetapi golongan dewasa turut terpengaruh dengan perkembangan itu.

Justeru, sebagai tanda menyokong budaya dari negara itu, pusat beli-belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur membawakan kepada anda Korean Lifestyle Road Show 2017 pada 22 hingga 23 April ini.

Menurut satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan baru-baru ini, acara yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu akan menampilkan variasi produk baharu kepada masyarakat tempatan.

Antara produk yang wajib dicuba ialah kosmetik, penjagaan kulit wajah, gaya hidup, makanan serta minuman kesihatan termasuk pelbagai snek yang lazat.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang untuk menerima produk cenderamata Korea Selatan yang ditaja oleh Tony Moy, Karmart, Acai Preto, Kioda dan Miseoul.

Antara aktiviti yang disediakan ialah persembahan tarian K-Pop, bengkel budaya kesenian Korea Selatan, pemakaian Hanbok, sampel makanan jalanan serta produk kecantikan.

Sejak kebelakangan ini, gelombang budaya Korea atau Hallyu semakin membadai masyarakat tempatan.

Ia boleh dilihat menerusi kemuncak tayangan drama Korea Selatan seperti Descendants of the Sun dan Goblin yang diterima masyarakat sebagai tontonan harian mereka.

Bahkan kelahiran pelbagai kumpulan penyanyi K-Pop seperti EXO dan Twice menyemarakkan lagi minat mereka kepada Hallyu.

Korean Lifestyle Road Show 2017 akan dianjurkan buat kali ketiga pada tahun ini.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi penganjur di talian 03-6203 3663 atau e-mel kepada [email protected]

Selain itu, ikuti perkembangan acara itu menerusi Facebook rasmi www.facebook.com/KLRMalaysia.