Menggunakan teknologi dari Amerika Syarikat dan mula digunakan secara meluas di Korea Selatan pada tahun 2015, jalur pergelangan tangan itu dicipta tanpa menggunakan sebarang bahan kimia dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada tubuh.

Tidak seperti kaedah konvensional yang memerlukan pesakit makan ubat dalam kuantiti yang banyak, jalur pergelangan tangan tersebut bertindak sebagai pencegah. Ia digunakan cuma tampal dan biarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif 8ightplus Malaysia, Datuk Kamil Mokhtar berkata, beliau dilantik sebagai wakil tunggal untuk pasaran di Malaysia oleh syarikat pengeluar.

“Mungkin teknologi ini masih baharu di Malaysia namun ia telah digunakan secara meluas di Korea Selatan. Apabila dipakai, ia bertindak seumpama aliran elektrik yang mengaktifkan titik akupunktur.

“Ia seperti menggabungkan perubatan herba tradisional, akupunktur dan teknik terkini abad ke-21 untuk mewujudkan program penghantaran revolusi dan meningkatkan kecergasan fizikal,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Subang Jaya baru-baru ini.

Tambahnya, jalur pergelangan tersebut memberi kestabilan secara psikologi dengan mengurangkan tekanan, meningkatkan tahap melatonin dan kekuatan daya tahanan mengikut kesesuaian badan si pemakai.

Menurut Kamil, jalur pergelangan tangan itu sesuai untuk ahli sukan dan warga emas untuk membantu mereka untuk kekal aktif dan bersemangat.
– MOHD. TURMADZI MADUN