Tidak kira apa juga jenis produk, boleh dikatakan hampir kesemuanya boleh didapati secara online sama ada menggunakan platform tempatan mahupun antarabangsa.

Melihat kepada potensi besar perniagaan berasaskan online, dua sahabat, Lee Boon Fui, 32, dan Mohammad Fahmi Basar, 32, yang mempunyai minat sama dalam bidang perniagaan telah menubuhkan syarikat Nexus E-Commercial Sdn. Bhd. Kedua-duanya mengasaskan platform perniagaan online dikenali sebagai Big-Big Place.

Mengulas lanjut, Boon Fui berkata, Big-big Place yang diasaskan pada tahun 2016 merupakan platform perniagaan online yang memasarkan pelbagai jenis barangan dan peralatan berkaitan sukan dan rekreasi khususnya larian, mendaki dan gaya hidup.

“Disebabkan kami minat dalam aktiviti sukan dan rekreasi, maka Big-Big Place ini dikhususkan sebagai platform untuk memasarkan pelbagai barangan berkaitan dengannya.

“Idea mewujudkan perniagaan ini timbul selepas merasakan tiada platform online seumpamanya di negara ini yang menawarkan pelbagai barangan dan peralatan rekreasi melibatkan puluhan jenama di bawah satu bumbung.

Terhad

“Jika ada pun, ia diwujudkan oleh syarikat-syarikat yang merupakan pengedar barangan rekreasi di negara ini dan menyenaraikan barangan yang mereka edar sahaja dalam laman online tersebut dan ia pula sangat terhad,” katanya yang aktif dalam aktiviti mendaki gunung.

Ia juga berdasarkan pengalamannya sebelum ini yang berhadapan dengan kesukaran untuk mendapatkan barangan atau peralatan tertentu daripada platform online tempatan sehinggakan terpaksa membuat tempahan dari luar negara.

Jelas Boon Fui lagi, sebagai langkah awal memulakan perniagaan, beliau dan Fahmi telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak pengeluar dan vendor barangan sukan dan rekreasi dari dalam dan luar negara.

Antara pihak terawal yang menjalinkan kerjasama dengan syarikatnya ialah Ken Power Sport Malaysia. Ia merupakan antara vendor terbesar yang membekalkan pelbagai kelengkapan sukan terutamanya peralatan, pakaian dan kasut.

“Sehingga kini, kami telah menjalinkan kerjasama dengan lebih daripada 40 pengeluar dan vendor sama ada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

“Hasil kerjasama itu, kami mempunyai lebih 16,000 unit daripada kira-kira 6,000 jenis produk melibatkan lebih 160 jenama barangan sukan dan rekreasi yang berada dalam senarai untuk dijual kepada pengguna.

Katanya lagi, antara jenama yang dipasarkan oleh Big-Big Place termasuklah Black Diamond, Buff, Suunto, Hoka One One, Saucony, Salomon, Coros, Brooks, Ultimate Direction dan Deuter.

Mengulas lanjut mengenai prestasi syarikat pula, Fahmi memberitahu, ketika ini pihaknya telah mencapai sehingga 3,000 tempahan daripada pelanggan setiap bulan.

Jelas Fahmi lagi, kira-kira 30 peratus daripada pelanggan Big-Big Place adalah dari negara-negara sekitar Asia Tenggara seperti Brunei, Thailand, Singapura dan Filipina.

Oleh

Peribahasa Melayu

Anak diriba diletakkan, kera 
di hutan disusui

Dada manusia tidak dapat diselam

Dada manusia tidak dapat diselam