Program ratu cantik peringkat antarabangsa kali kedua itu mempertandingkan seramai 27 peserta dari 22 negara yang berlangsung di Hotel J. W. Marriot, Putrajaya baru-baru ini.

Menurut pengasas pertandingan itu, Carrie Lee, Miss Cosmo World dianjurkan bagi melahirkan gadis ikon bagi memberi contoh dan teladan yang baik mengenai sifat-sifat mulia kepada masyarakat seluruh negara.

“Miss Cosmo World 2018 merupakan kesinambungan daripada pertandingan tahun lalu yang mana mendapat sambutan hangat daripada peserta-peserta seluruh negara.

“Ia adalah medan buat gadis meraih gelaran ratu seterusnya menjadi personaliti yang bukan sahaja mencerminkan kecantikan tetapi intelektual dan nilai-nilai murni,” katanya pada ucapan pembukaan peringkat akhir Miss Cosmo World 2018 baru-baru ini.

Katanya, para peserta ratu cantik itu berkampung selama 16 hari di Malaysia bagi menjalani segmen penilaian, latihan profesional, rekreasi dan khidmat sosial sebelum dinobatkan sebagai Ratu Cantik Miss Cosmo 2018.

Pada majlis berkenaan, seorang peserta dari Malaysia, Michelle Yvonne Woulfe, 23, berjaya mara ke peringkat lapan teratas bersama peserta dari Serbia, Korea, Kemboja, Thailand, Indonesia dan Filipina. Bagaimanapun dia tidak berjaya meraih tiga tempat utama.

Peserta Filipina, Jeanyfer Ozbot, 24, menduduki tempat kedua manakala Milica Vuklis, 25, dari Serbia tempat ketiga.

Menurut Delvia, kemenangan tersebut membawa satu tanggungjawab besar untuk memberikan contoh yang baik, selain berbakti kepada masyarakat hingga seterusnya membawa nama Miss Cosmo World ke tahap lebih tinggi.

“Saya bersyukur atas kemenangan ini dan berharap ia akan menjadi pemangkin untuk berusaha membawa perubahan yang lebih baik kepada masyarakat dan golongan wanita di luar sana.

“Semua yang saya peroleh adalah atas hasil usaha, berkat doa ibu dan bapa serta niat yang baik dalam segala apa yang dilakukan,” ujarnya.

Peribahasa Melayu

Gajah mati dicatuk katak