Justeru, apa kata hadiri The Human Exhibit: Mentalhealth yang merupakan gaya persembahan seni terbaharu bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap isu kesihatan mental sekali gus menghapuskan stigma dan pandangan serong terhadap golongan tersebut.

Dalam hal ini, audien dapat melihat secara dekat perwakilan penyakit mental dalam bentuk tarian, perkataan, dialog, adegan, pergerakan dalam satu persembahan yang akan dibahagikan kepada empat kitaran berbeza. Setiap kitaran terhad kepada 15 penonton.

Antara individu yang menjayakan acara tersebut ialah Ashvinder Kaur, Azam Rais, Helena Foo Nik Waheeda, Timmy Ong, Nisya Aziz, Thevya Paalan dan Nor Huda Mohd Izam. Jualan tiket secara dalam talian dibuka sehingga 4 Februari 2018.