Selain itu, Allah SWT turut memberi jaminan dalam surah al-Mukminun yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Justeru, sertai seminar Solat 2.0 yang akan berkongsi mengenai ilmu berkaitan rukun Islam kedua itu antaranya fiqah tayamum, fiqah solat dan bersuci ketika di atas kenderaan, solat hormat waktu, hukum-hakam solat berjemaah dan jenis solat sunat serta kaifiatnya.

Dua orang penceramah yang dijadual hadir ialah Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr. Rozaimi Ramlee dan pendakwah bebas, Ustaz Zainal Abidin Abdul Rahim.

Yuran dikenakan ialah RM50 bagi pelajar dan RM70 bagi orang awam.

 

INFO
Lokasi: Universiti Malaya, Jalan Universiti, Kuala Lumpur
Tarikh: 12 Ogos 2018
Masa: 9 pagi hingga 5 petang
Facebook: Al-Kahfi Center