Bagi meraikan bulan mulia itu, eCurve menjemput sekumpulan warga emas daripada Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kampung Sungai Sekamat, Kajang bagi meraikan golongan tersebut.

Di samping itu, nostalgia zaman dahulu ketika menyambut ketibaan lebaran juga dibangkitkan menerusi kempen bertema Al-Kisah Pesta Ria.

Ia boleh dilihat ketika menelusuri kawasan Centre Atrium yang kelihatan tidak ubah seperti zaman 60-an.

Semangat hari raya dapat dirasai dengan dekorasi bangunan lama dihias indah dan muzik latar belakang yang tidak lapuk dek zaman.

Menurut Penolong Pengurus Besar, Bahagian Sewaan, Pengiklanan dan Promosi eCurve, Gina Long Ahmad, inisiatif tersebut adalah sebagai berkongsi rezeki bersama individu yang memerlukan.

“Di samping membuat persediaan untuk musim perayaan, ia juga penting untuk kita berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

“Kami menjemput warga emas daripada Pusat Jagaan Al-Fikrah untuk berbuka puasa bersama-sama sebagai sebahagian daripada tradisi tahunan kami.

“Melihat mereka tersenyum cukup menggembirakan kami dan berharap kami telah memberikan kenangan yang bermakna tahun ini,” ujarnya ketika ditemui K2 di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Acara petang itu dimulakan dengan sebuah persembahan muzikal bertajuk Irama Pesta Ria dengan penampilan khas oleh tetamu selebriti, Musly Ramlee.

Hadiah raya

Musly mendendangkan lagu-lagu hits Allahyarham Tan Sri P. Ramlee seperti Bunyi Gitar dan Mari-Mari Tuan Dengar Ini Cerita.

Persembahan beliau turut diiringi tarian penari latar serta lagu-lagu klasik yang dimainkan.

Sementara itu, warga emas turut berkesempatan mengambil swafoto bersama Musly pada akhir persembahannya.

Petang penuh kegembiraan itu diakhiri dengan sesi berbuka puasa di restoran Arab Thai.

Pengunjung boleh mengunjungi eCurve untuk meraikan kempen Al-Kisah Pesta Ria bermula 3 Mei hingga 6 Jun ini sambil menyaksikan persembahan Musly Ramlee sebanyak dua kali sehari pada pukul 3 dan 6 petang setiap hujung minggu.

Pengunjung juga berpeluang mendapatkan hadiah raya istimewa tahun ini di eCurve.

Pelanggan yang berbelanja sebanyak Rm200 dan ke atas dalam maksimum dua resit layak menebus Tiffin Lebaran serta sampul raya Festive Ria.

Semua penebusan tertakluk kepada terma dan syarat sementara stok masih ada.

Sebagai bonus, pengguna aplikasi Boost yang berbelanja minimum RM50 menggunakan e-Dompet Boost di kedai yang mengambil bahagian akan menerima rebat sebanyak RM10.

Layari laman web www.ecurve.my atau Facebook www.facebook.com/eCurveMall untuk maklumat lanjut.

Bintang 
di langit 
dapat dibilang, 
tetapi tak sedar mukanya ada arang