Sebuah trak susu Dutch Lady berkunjung ke sekolah berkenaan untuk menghantar susu.

Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-55 syarikat Dutch Lady di negara ini.

Katanya, misi Dutch Lady sepanjang 55 tahun yang lalu adalah untuk membekalkan nutrien kepada masyarakat Malaysia.

“Beberapa generasi telah membesar dengan susu Dutch Lady sepanjang tempoh ini dan mereka kemudiannya memilih jenama kami untuk diberikan kepada anak-anak mereka.

“Ini memberikan kami motivasi untuk membekalkan nutrien yang lebih baik daripada susu,” ujarnya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Hari Susu Sedunia disambut pada 1 Jun pada setiap tahun bagi memperingati pentingnya susu sebagai menu makanan global.

Hari penting itu sangat bermakna buat Dutch Lady sebagai meraikan sumbangan sektor tenusu terhadap kemapanan, pembangunan ekonomi, kehidupan dan pemakanan.

Lebih penting, sambutan tersebut meraikan kepentingan susu sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

“Kami meraikan Hari Susu Sedunia untuk membawa dan berkongsi kebaikan susu kepada para pengguna serta generasi muda,” ujar Gupta.

Program itu dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti bagi mendidik pelajar tentang kepentingan amalan diet seimbang termasuk susu serta bersukan.

“Kami berharap para pelajar dapat meneruskan amalan meminum dua gelas susu sehari dan menjalankan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya satu jam bersama keluarga serta rakan-rakan,” tambahnya.

Maklumat lanjut tentang sambutan Hari Susu Sedunia Dutch Lady Malaysia boleh diperoleh dengan melayari, www.dutchlady.com.my.