Cef Eksekutifnya, Mohd. Halim Chek Leh berkata, antaranya ialah kambing panggang yang diperap sekurang-kurangnya 24 jam dengan ramuan rempah yang mudah didapati di rumah seperti jintan, halia, kunyit dan serbuk cili.

“Kambing Australia tersebut dipanggang dalam postur duduk menggunakan teknik ikatan istimewa.

“Daging kambing turut dilembutkan menggunakan yogurt,” katanya ketika ditemui K2 baru-baru ini.

Lebih menarik, tarikan sudut Dusun Durian khas buat peminat raja buah yang terletak di luar pekarangan ruang makan The Living Room.

Turut diketengahkan menu signatur berupa kari claypot dengan varian hidangan masakan kari seperti kari hijau, kari merah dan kari yang popular dalam kalangan masyarakat India dikenali sebagai rogan josh.

Pengunjung juga berpeluang membasahkan tekak dengan air zamzam di samping 12 jenis aiskrim berperisa unik seperti nangka, serai dan pandan.