Malah, jumlah itu dikatakan cukup untuk memberi makan kepada 5.3 juta orang dengan tiga hidangan sihat setiap hari.

Menyedari hakikat itu, peneraju roti leper, Mission Foods memulakan kempen #FoldoverYourLeftover bersama pengacara dan tukang masak selebriti kelahiran Singapura, Sarah Benjamin.

Sepanjang kempen itu, Sarah akan berkongsi petua dan resipi asal ciptaannya dengan menggunakan produk Mission Foods.

Beliau juga telah menghasilkan 12 resipi menarik yang boleh didapati dalam buku masakan edisi terhad yang akan diberikan secara percuma kepada pelanggan yang membeli dua produk di semua kedai yang mengambil bahagian.

“Peluang kerjasama yang ditawarkan Mission Foods dalam kempen ini merupakan satu pengalaman yang berharga, sekali gus dapat mendorong lebih ramai orang untuk mengelakkan diri daripada melakukan pembaziran.

“Besarlah harapan saya supaya resipi yang dikongsi ini akan membantu pelanggan khususnya dalam menghasilkan makanan yang sihat dan menyelerakan,” katanya semasa melakukan demonstrasi masakan pada pelancaran kempen tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Antara resipi yang menjadi pilihan ialah roti bungkus nasi ayam halia dan roti pita berinti daging sate bersama bawang jeruk.

Ketika melakukan demonstrasi masakan itu, Sarah turut berkongsi cara terbaik untuk menggunakan produk keluaran syarikat tersebut termasuk tip dan maklumat mengenai nilai pemakanan.

Sementara itu, Pengurus Jenama Mission Foods Asia Selatan, Randall Tan berkata, kempen yang diadakan bersempena dengan Hari Makanan Sedunia tersebut adalah sebagai misi untuk mewujudkan kesedaran tentang sisa makanan, guna semula dan menuju ke arah gaya hidup sifar sisa.

“Jika anda sering mendengar ibu bapa merungut mengenai sisa makanan yang anda tinggalkan disebabkan ia masih elok, pihak kami ingin membawa kembali kata-kata itu agar anda menyedarinya semula.

“Hasrat untuk mengurangkan krisis kebuluran di seluruh dunia sepatutnya bermula daripada diri sendiri terlebih dahulu.

Melalui kempen ini, kami akan menunjukkan bagaimana produk-produk keluaran Mission Foods dapat membantu anda untuk mengguna semula sisa makanan yang masih boleh dimakan,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Mission Foods di www.missionfoods.com.my.