Ketua Cefnya, Mohd. Zhafri Hasim berkata, bufet Ramadan kali ini bertemakan Cita rasa Warisan yang menjadi makanan kesukaan dan pilihan masyarakat di negara kita apabila menjelang Ramadan.

Setiap tahun sebelum ini Restoran Duyung sentiasa memastikan hidangan terbaik daru dapur masakan Cina, Melayu, Barat dan pastri.

“Antara menu yang ditawarkan adalah kambing panggang, gulai kawah, asam pedas tetel, siput sedut masak lemak dan ayam cenderawasih.

“Bagi melengkapkan lagi selera pelanggan, kami turut menyediakan masakan bergoreng seperti pisang goreng, aneka cucur, lempeng kelapa dan juga kuih-muih,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menariknya, kelainan pada tahun ini adalah para pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan kumpulan muzik ghazal di samping menikmati juadah berbuka puasa.

Di samping itu, Zhafri memberitahu, pihaknya turut mengadakan cabutan bertuah kepada pelanggan yang berbuka di restoran berkenaan.

Selain itu, kemudahan tempat letak kereta percuma turut disediakan.