Banyak restoran dan kafe yang pelbagai konsep dibuka di kawasan itu.

Grato Plus merupakan antara kafe yang terdapat di Bangi dan menjadi pilihan ramai.

Pemilik Grato Plus, Durratul Hannani Shahrom berkata, 37,- kafe tersebut beroperasi sejak tahun 2013 lagi.

Jelasnya, konsep makanan yang diperkenalkan oleh kafenya lebih kepada bercitarasakan Itali dan Barat.

“Tidak banyak kafe atau restoran sekitar yang menawarkan makanan dari Itali. Jadi, saya mengambil keputusan untuk membukanya dan pada masa yang sama, kami juga menawarkan menu Barat bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan.

“Menu yang ditawarkan di Gratos Plus ini adalah sebanyak 15 menu yang merangkumi hidangan Itali dan Barat,” katanya.

Harga menu yang ditawarkan di kafe itu juga amat berpatutan untuk semua lapisan masyarakat bermula RM9.90 sehingga RM32.90.

Durratul Hannani menjelaskan, antara menu Itali yang sering menjadi pilihan pelanggan di situ adalah pasta spicy italian lamb.

“Bagi menu ini, kami sesuaikan sedikit dengan citarasa orang Melayu. Kita ketahui orang Melayu sememangnya gemar makan makanan yang pedas“Kami gunakan cili padi yang dikisar bagi memberi sedikit rasa pedas untuk menu ini,” katanya.

Tambahnya, untuk menu berasaskan pasta, pelanggan boleh memilih sama ada dimasak sama bersama daging kambing, ayam, udang, bebola daging mahupun sosej.

Selain itu, menu lain yang sering dipesan oleh pelanggan termasuklah cheesy beef nachos dan lasagna.

Bagi pelanggan yang membawa anak kecil, mereka boleh memesan hidangan pasta carbonara kerana ia tidak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.

Soda citronella

Dalam pada itu, antara menu Barat yang sering menjadi pilihan pelanggan termasuklah burger daging, ayam grill dan stik.Untuk minuman, Grato Plus lebih menawarkan minuman jus buah-buahan seperti jus epal, tembikai dan durian belanda.

Namun, minuman yang sering menjadi pilihan pelanggan di kafe tersebut adalah soda citronella.

Minuman itu dihasil dengan menggunakan lima bahan antaranya serai, daun pudina, lemon dan asam boi.

Durratul Hannani menjelaskan, bahan-bahan yang digunakan di kafenya kesemuanya segar-segar belaka.

“Setiap hari kami akan ke pasar bagi mendapatkan bahan-bahan mentah yang segar untuk setiap menu kami.

“Bahan-bahan segar ini akan memberi rasa dan kualiti makanan yang lagi bagus,” katanya.

Tambahnya, selain itu, kafenya juga turut menawarkan pakej katering kepada pelanggan yang berminat.

Ada pelanggan yang mendapatkan katering makanan dari kafenya untuk mengadakan majlis hari jadi dan sebagainya.