Begitulah salah satu rutin kebiasaan untuk menyambut kedatangan Syawal setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kepada individu yang masih mencari-cari destinasi untuk mempersiapkan diri dalam pelbagai aspek pada perayaan ini, bolehlah berkunjung ke pusat beli-belah Fahrenheit88 yang terletak di kawasan segi tiga emas ibu kota, Bukit Bintang.

Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan Fahrenheit88 baru-baru ini, pusat beli-belah yang menghimpunkan pelbagai jenama antarabangsa, rantau dan tempatan itu menawarkan promosi perayaan berganda selain dekorasi kedai yang serba baharu serta menawan.

Solekan

Ia dilakukan bersempena kempen Cantik Cantik Raya pusat beli-belah itu sepanjang Aidilfitri ini.

“Laksanakan persiapan Hari Raya Aidilfitri dengan berkunjung ke kedai kegemaran semua seperti Aldo untuk kasut; Brand Outlets untuk pakaian mengikut trend; Leather Avenue untuk kelengkapan percutian; Lovisa, Pandora dan Prance Gold untuk aksesori; Uniqlo untuk gaya yang selesa; A-Saloon untuk gaya rambut baharu dan BeeBee Nail untuk seni hiasan kuku baharu.

“Tidak ketinggalan, terdapat perkhidmatan solekan istimewa untuk hari raya ini di Play Up Advance pada hujung minggu dari pukul 2 hingga 4 petang pada 8 dan 9 Jun ini,” ujar kenyataan tersebut.

Sebagai menghargai para pengunjung, Cantik Rewards turut dijalankan hingga 9 Jun ini yang melayakkan para pembeli menebus satu pek sampul raya dengan perbelanjaan minimum RM150 dalam satu resit.

Menariknya, persembahan tarian Melayu turut dilakukan sepanjang Mei dan Jun ini di pusat beli-belah itu.

Untuk maklumat lanjut atau perkembangan kempen terkini, layari www.fahrenheit88.com atau facebook di www.facebook.com/Fahrenheit88.