Hal ini kerana ia memberi kelebihan kepada pengguna dengan memudahkan golongan tersebut tampil menawan sepanjang hari.

Memandang tinggi faktor tersebut, peneraju kedai runcit farmaseutikal, Guardian Malaysia mengukuhkan kolaborasi dengan salah sebuah jenama kosmetik mampu milik yang paling popular di Jepun, Canmake.

Ia merupakan jenama kecantikan berusia 33 tahun dari Jepun yang didatangkan dalam saiz kompak selain reka bentuknya yang comel.

Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd., Wong Vai Chi berkata, kolaborasi tersebut dilaksanakan melalui penambahan rangkaian produk dan bilangan stor yang menawarkan jenama kosmetik serba comel itu.

“Keputusan untuk memberikan lebih banyak ruang kepada Canmake ini adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami.

“Jumlah pelanggan yang sentiasa meningkat itu membuatkan kami komited membawakan seleksi produk kecantikan baharu pada nilai hebat,” jelasnya ketika ditemui Kosmo! di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Canmake mula dijual di stor-stor Guardian sejak 2015 dan ia sangat popular dalam kalangan pelbagai lapisan generasi kerana menawarkan pelbagai produk yang comel, bergaya dan berkualiti pada harga mampu milik.

Pada tahun 2015, Guardian menawarkan produk Canmake di 12 buah cawangan di seluruh negara.

Tambah Vai Chi, produk Canmake kini boleh didapati di lebih 55 buah cawangan dan ia bakal dijual di 80 buah stor Guardian menjelang akhir tahun ini.

“Guardian berbangga dan teruja untuk bekerjasama dengan Canmake dalam menyediakan rangkaian produk hebat ini kepada lebih ramai pelanggan,” jelasnya.

Menariknya, ia boleh didapati pada harga berpatutan antara RM31.90 hingga RM86.70 setiap satu.