Direka menerusi kepakaran dan teknologi dari Korea Selatan, produk C.formulae disifatkan sebagai satu kejayaan baharu bagi jenama Candour yang kini semakin berkembang ke peringkat antarabangsa.

Menurut pengasasnya, Candy Fong, syampu C.formulae merupakan produk kecantikan pertama yang dihasilkan menerusi kerjasama antarabangsa dengan Korea Selatan.

“Kerjasama ini dilakukan bagi mengubah skeptikal masyarakat terhadap produk online yang disifatkan tidak berkualiti dan tidak dijamin keberkesanannya.

Formulasi

“Saya melihat Korea Selatan merupakan negara membangun dan dikenali dengan industri penghasilan produk kecantikan yang berkualiti. Oleh yang demikian, kami percaya kerjasama ini akan membangunkan produk kami ke arah lebih baik,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran produk Candour C.formulae di Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Turut hadir, Pemilik Produk C.formulae, Yumi dan Pengarah Produk, Andy Song.

Tambahnya, produk yang dihasilkan di Korea Selatan lebih mendapat kepercayaan pengguna khususnya di Malaysia dan banyak jenama tempatan mendapatkan khidmat kepakaran dari negara tersebut untuk penghasilan produk mereka.

Jelasnya lagi, pihak pengilang di Korea Selatan juga menyambut baik kerjasama tersebut dan komited dalam memenuhi keperluan produk kecantikan khususnya buat wanita di Asia.

Menurutnya lagi, pihaknya juga menyasarkan untuk memperluas penghasilan produk kecantikan yang berkualiti dan berpatutan menerusi kerjasama dengan Korea Selatan.

“Pihak kami mahu menjadikan kerjasama dua hala ini sebagai batu loncatan bukan sahaja bagi mengembangkan perniagaan tetapi mencapai sasaran untuk melengkapkan keperluan kecantikan wanita di Malaysia.

“Meskipun kita hanya bertapak menerusi platform secara online, kami percaya kekuatan produk ini mampu menembusi pasaran sekali gus mencapai lebih ramai pelanggan bukan sahaja dalam negara tetapi di peringkat antarabangsa,” jelasnya.

Syampu C.formulae merupakan produk yang diilhamkan oleh Yumi dan diformulakan khusus bagi merawat rambut agar lebih lembut, licin dan bermaya.

Dengan slogan iklan, Menawan, Yakin dan Kreatif, produk Candour didatangkan dengan syampu dan perawatan.

Menurut Yumi, produk itu dibangunkan 100 peratus di Korea Selatan termasuk formulasi, pembungkusan dan pengekstrakan bahan-bahannya.

“Saya amat berbesar hati dengan kerjasama Candour bagi merealisasikan produk ini dan ia juga menjadi impian saya bukan sahaja mempunyai produk sendiri tetapi membantu orang ramai mendapatkan produk kecantikan berkualiti,” ujarnya.