Lebih membimbangkan, 40 peratus daripada mereka yang menghidap penyakit itu tidak mengetahui status kesihatan mereka.

Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad sebelum ini menegaskan, sikap acuh tak acuh rakyat merupakan punca utama peningkatan kes-kes penyakit jantung.

Bagi membantu rakyat Malaysia cakna dengan status kolesterol mereka, jenama pemakanan terkemuka, Nestle Omega Plus membawa kembali program Cabaran 30 Hari. Ia bagi menyokong rakyat Malaysia mengambil langkah positif ke arah jantung yang lebih sihat dengan memberikan ganjaran kepada peserta yang mencapai kadar penurunan kolesterol tertinggi.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Milo & Susu Nestle Malaysia, Kumaran Nowuram berkata, Cabaran 30 Hari 2.0 itu menawarkan profil lipid (lemak dalam darah) atau ujian darah kolesterol yang lengkap untuk memberikan gambaran kesihatan yang lebih menyeluruh.

“Sebagai peneraju kesihatan jantung di Malaysia, kami ingin menyatukan rakyat Malaysia supaya bertindak dan menyatakan #bukansaya untuk kolesterol tinggi dan penyakit jantung.

“Kami menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan keazaman rakyat dalam memerangi kolesterol tinggi serta mengekalkan kesihatan jantung menerusi Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus 2.0,” katanya dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.

Perubahan gaya hidup

Ujar Kumaran, pengurusan profil lipid yang baik dapat dicapai melalui perubahan tabiat dan gaya hidup seperti mengamalkan pemakanan seimbang, senaman lima kali seminggu serta mengurangkan makanan bergoreng dan berminyak.

“Pemeriksaan profil lipid dalam Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus 2.0 ini dijayakan melalui kerjasama baharu yang terjalin dengan BP Healthcare.

“Sebagai perintis pemeriksaan kesihatan dengan rangkaian lebih 100 makmal serta 50 pusat diagnostik di seluruh negara, BP Healthcare membantu meningkatkan akses kepada ujian kolesterol darah yang bermutu tinggi bagi rakyat Malaysia,” ujar Kumaran.

Nestle menawarkan pakej percutian ke New Zealand bernilai RM20,000 menanti pemenang utama hadiah cabaran ini, manakala pemenang tempat kedua akan menerima pakej percutian ke Jepun bernilai RM10,000. Selain itu, tiga pemenang bulanan masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1,250 berupa produk Nestle Omega Plus, pakej kesihatan di Institut Jantung Negara (IJN), analisis komposisi badan serta jam tangan kecergasan.

Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus 2.0 bermula 1 April lalu hingga 30 September ini.