Buang tanggapan itu, kini kepada penggemar makanan Barat boleh menikmati hidangan tersebut pada harga berpatutan di NY Steak Shack (NYSS).

Rangkaian restoran berasaskan daging sebagai sajian utama itu, bakal menawan hati penggemarnya dengan penampilan menu baharu iaitu Burger Kambing Sizzling.

Sizzling adalah hidangan panas yang mengeluarkan bunyi desir.

Pengurus Besar Jenama NYSS, Muhammad Adam Mah berkata, menu tersebut terdiri daripada Burger Kambing Keju Berganda Sizzling, Burger Kambing Keju dan Cendawan Sizzling serta Burger Kambing Halia Sizzling.

“Pelanggan boleh memilih ikut selera mereka. Jika suka keju lebih baik memilih Burger Kambing Keju Berganda Sizzling.

“Bagi pelanggan yang mahukan penambahan pada burger mereka seperti cendawan dan keju, boleh memesan menu Burger Kambing Keju dan Cendawan Sizzling.

“Bagi kaum lelaki yang kurang menikmati keju atau cendawan, kami cadangkan hidangan Burger Kambing Halia Sizzling,” katanya kepada K2 pada majlis memperkenalkan hidangan itu di pusat beli-belah Sunway Velocity, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Muhammad Adam, kelainan pada tahun ini, pelanggan boleh mengatur sendiri susunan bahan-bahan burger.

“Bahan-bahan membuat burger seperti roti, sayur dan daging burger dihidangkan secara berasingan.

“Cara tersebut memberi peluang kepada pelanggan menyusun burger mengikut kesukaan masing-masing seperti makan stik atau gabungkannya menjadi burger,” katanya yang memberitahu restoran tersebut merupakan restoran stik pertama di Malaysia memperoleh sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Ciri unik

Lebih jelas lagi, pihaknya akan menyediakan bahan-bahan di dapur sebelum dihidangkan di atas meja pelanggan.

Burger itu kemudiannya disiapkan sendiri dari segi susun atur oleh pelanggan mengikuti cita rasa masing-masing.

Kesemua menu Burger Kambing Sizzling tersebut disertakan dengan roti oregano, salad segar, tomato, kentang goreng dan pilihan sos lada hitam serta sos perang.

Jelasnya, NYSS sentiasa menitikberatkan pengalaman makan yang menyeronokkan. Disebabkan itu, ciri unik setiap kombo ini bukan hanya terletak pada daging, malah kesegaran bahan serta makanan sampingan yang dihidangkan bersama dalam satu pinggan.

Harga yang ditawarkan adalah RM29.80 bagi Burger Kambing Keju Berganda Sizzling serta Burger Kambing Keju dan Cendawan Sizzling, manakala RM28.90 untuk Burger Kambing Halia Sizzling.

Hidangan tersebut mula dijual sejak 7 Januari lalu hingga 3 Mac depan.

Ujarnya lagi, kenikmatan ketiga-tiga hidangan itu pastinya dirasai pelanggan lebih-lebih lagi dengan kehadiran minuman susu goncang baharu (Funtastic Milkshake).

“Antara perisanya adalah emping jagung, strawberi dan campuran pisang dengan mentega kacang pada harga hanya RM13.80,” katanya.