Bufet Ramadan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim tetamu Menara KL serta sanak saudara dan kawan-kawan ketika waktu berbuka puasa.

Para tetamu boleh menikmati lebih daripada 80 jenis sajian antarabangsa dan tempatan yang pastinya lazat serta menyelerakan.

Sajian istimewa itu disediakan khas oleh cef-cef dari Restoran Berputar Atmosphere 360.

Sajian istimewa pada tahun ini adalah asam pedas ekor lembu yang jarang-jarang boleh didapati.

Tidak lupa juga kambing golek dan pencuci mulut serawa durian yang mampu menepati cita rasa setiap pengunjung.

Sambil menikmati juadah berbuka puasa yang enak, para tetamu juga akan dihiburkan dengan kumpulan muzik dari Menara KL yang dikenali sebagai The Sky. Mereka akan membuat persembahan pada setiap hari.

Lebih menarik, setiap pembelian akan disertakan dengan sampul raya dan tiket percuma ke Pelantar Pemandangan, Menara KL.

Bagi menghargai para tetamu, setiap pembelian tiket bufet Ramadan untuk 10 orang dewasa akan mendapat satu bufet Ramadan percuma bagi seorang dewasa.

Pihak Menara KL juga menjanjikan pengalaman mesra keluarga dengan kemudahan-kemudahan yang ada seperti ruang solat yang selesa.