Golongan tersebut diberi peranan sebagai ejen mengedar dan menjual produk-produk kecantikan keluaran syarikat berpangkalan di Ipoh, Perak itu.

Pengasas DNS Beauty, Nur Jauhatul Dinnie Mohamed Johari berkata, pihaknya ingin mengajak suri rumah dengan memulakan perniagaan menerusi produk DNS Beauty.

Jelasnya, langkah tersebut bertujuan membantu memperbaiki taraf hidup dan menambah kewangan para suri rumah ketika zaman serba mencabar ini.

“Kepakaran kami adalah membantu suri rumah yang hidup biasa-biasa menjadi seorang luar biasa melalui produk kami.

“Mereka hanya perlu menggunakan telefon bimbit untuk pemasaran produk menerusi media sosial,” katanya ketika ditemu bual K2 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mula beroperasi sejak dua tahun lalu, DNS Beauty mengeluarkan produk set jeragat, set jerawat, topeng kunyit dan Syantik Lipmatte.

Bebas kimia terlarang

Menariknya, produk DNS Beauty dikilangkan di kilang yang mendapat status Pensijilan ISO 9001. Ia juga bebas daripada bahan-bahan kimia terlarang.

Menurut Nur Jauhatul, setiap suri rumah yang ingin menjadi usahawan akan diberi pengetahuan tentang cara memulakan perniagaan online.

Katanya, usahawan juga akan diberi pemahaman mengenai pemasaran dan strategi yang diperlukan bagi memastikan produk jualan mereka laris sekali gus mencapai matlamat asal.

“Kami telah berjaya membantu lebih 500 orang usahawan yang terdiri daripada pelajar, penganggur, pekerja kerajaan dan swasta yang mencari pendapatan tambahan.

“Ada antara usahawan bimbingan kami yang telah berjaya menjana pendapatan antara RM3,000 hingga RM5,000 sebulan,” terang wanita bersemangat kental itu.

Para usahawan juga akan mendapat manfaat dalam bentuk ganjaran bulanan dan tahunan, dorongan kumpulan dan cabutan bertuah.

Maklumat lanjut mengenai DNS Beauty boleh diperoleh dengan melayari laman web, dnsbeautyskincare.blogspot.com atau hubungi talian 011-3255 4567.