Namun, penasihat kewangan di sebuah syarikat korporat di ibu negara, Charlene Hor, 27, mengakui memadai jika kulit, terutamanya pada bahagian badan tidak lagi gatal dan pedih.

Kulit Charlene sering merekah kerana mengalami masalah kulit kering dan sensitif sejak di bangku sekolah lagi.

Ia kemudian akan menjadi merah dan menyebabkan kegatalan serta kepedihan apabila digaru.

Paling teruk, ia juga akan meninggalkan parut yang sangat menyedihkan.

“Setiap kali berurusan dengan pelanggan, saya berasakan seolah-olah mereka sedang merenung kulit saya yang teruk dan ia sangat menyedihkan,” kongsinya ketika ditemui Kosmo! pada Majlis Pelancaran Dove Derma Series di Hotel Aloft Kuala Lumpur Sentral baru-baru ini.

Pakar Perunding Psikologi dari Abri Integrated Mental Health, Cathie Wu berkata, situasi yang dialami Charlene sering berlaku kepada wanita yang menghadapi masalah kulit.

Gejala fizikal termasuk masalah kulit boleh menjejaskan emosi, sekali gus menyebabkan seseorang itu berasa resah dan malu apabila berdepan dengan orang lain.

Katanya, situasi itu akan menjadi bertambah buruk jika individu tersebut berasa tidak mendapat sokongan memandangkan tiada orang lain yang mengalami masalah sama dan memahami penderitaan mereka.

“Sebagai contoh, masalah kulit kering yang dialami Charlene umpamanya kurang mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat dan pengusaha produk berbanding masalah kulit berjerawat serta kulit gelap.

“Justeru, jalan terbaik ialah menunjukkan keprihatinan terhadap masalah mereka, sekali gus mengembalikan kegembiraan dan keyakinan dalam diri mereka,” kongsinya.

Prihatin terhadap saranan pakar seperti Cathie, pelopor revolusi pembersihan kulit secara lembut, Dove baru-baru ini melancarkan kempen terbaharu mereka, Berdamai dengan Kulit Kering.

Keyakinan

Inisiatif yang bertujuan untuk mengembalikan keyakinan individu yang mengalami masalah kulit kering itu menampilkan rangkaian penjagaan kulit terbaharu Dove, DermaSeries.

Terdiri daripada empat produk iaitu sabun badan, losen badan, krim tangan dan salap pemulihan, DermaSeries dicipta eksklusif untuk memulih, melembap dan menyihatkan kulit.

Pengarah Jenama Globalnya, Tati Lindenberg berkata, mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk membuat kajian tentang keperluan produk penjagaan untuk membantu ramai wanita di luar sana.

Sepanjang proses itu, Lindenberg secara peribadi telah menemu bual seramai 120 orang wanita yang menghadapi masalah kulit dari serata dunia.

Hasilnya, dia mendapati bahawa majoriti daripada mereka mengalami masalah kurang kelembapan kulit akibat terdedah kepada matahari dan persekitaran yang terlalu sejuk seperti bekerja di pejabat berhawa dingin.

Di Malaysia, seramai tujuh daripada 10 orang wanita mengalami masalah itu.

“Ada antara mereka berusaha menggunakan losen dan pelembap, namun ia seakan-akan tidak berkesan.

“Dove dengan nasihat pakar dermatologi telah mengenal pasti solusi kepada ketidakberkesanan produk lalu yang akhirnya membawa kepada penciptaan DermaSeries,” katanya.

Menjelaskan secara terperinci tentang Dove DermaSeries, Lindenberg berkata, rangkaian produk itu cukup istimewa kerana ia diformulasi secara klinikal tanpa bahan pewangi dan bebas paraben.

Dua ciri utama itu membolehkan proses semula jadi kulit berlaku, sekali gus tidak menghalang bahagian luar kulit untuk menerima kitaran pelembap yang secukupnya.

Ciri istimewa

Tidak hanya itu, rangkaian tersebut juga dicipta menggunakan paten teknologi Peroxisome proliferator-activated receptors (PPAR) khusus untuk mengaktifkan semula sejenis protein semula jadi yang terdapat dalam tubuh sekali gu mengembalikan tekstur lipid kulit kembali kepada asal.

Tekstur halus dan ringannya juga berkesan melegakan luka akibat kerengsaan pada kulit kering.

Disaran untuk digunakan ketika dan selepas mandi, kesemua empat produk itu memiliki ciri-ciri keistimewaannya tersendiri khusus pada bahagian badan tertentu.

Contohnya, sabun badan diformulasi dengan minyak bunga matahari bersama teknologi PPAR yang mampu melembapkan kulit 10 kali ganda daripada produk mandian biasa.

Salap pemulihan yang memiliki tekstur paling pekat antara tiga produk lain berkesan untuk menghilangkan sel kulit kering yang terdapat pada lutut, siku dan tumit.