Hakikatnya, ada banyak kisah mereka yang buta al-Quran tetapi berjaya membuktikan mereka mampu menghafal al-Quran selagi seseorang mempunyai impian, keinginan dan kesungguhan.

Al-Quran selain sebagai penawar kepada pelbagai penyakit, ia sebenarnya mampu meningkatkan tahap kecerdasan emosi, spiritual dan minda serta kreativiti seseorang.

Dalam melahirkan lebih ramai generasi al-Quran, kaedah al-Huffaz akan membantu seseorang membaca, melancar, menghafaz dan memahami kitab suci tersebut.

Program selama sehari ini akan dibimbing oleh seorang akauntan, Dr. Mohd. Shafie Md. Amin. Beliau seorang yang buta al-Quran akhirnya dapat membaca dan menghafaz al-Quran pada usia 30 tahun.