Bagi seseorang yang sihat, nilai purata kolesterol normal ialah 175miligram/desiliter (mg/dL). Dalam hal ini, paras kolesterol melebihi 200mg/dL dianggap tinggi dan diistilahkan sebagai hiperkolesterolemia.

Apa yang membimbangkan, daripada jumlah tersebut empat daripada lima orang tidak mengambil tahu paras kolesterol mereka.

Perunding Kardiologi, Institut Jantung Negara, Dr. Rafidah Abu Bakar berkata, tahap kolesterol yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan jantung apabila tahap kolesterol LDL atau kolesterol tidak baik dalam darah terlalu tinggi.

Sebaliknya, kolesterol HDL (kolesterol baik) membantu untuk membuang kolesterol yang berlebihan dan memberikan perlindungan terhadap penyakit jantung koronari.

“Kolesterol tinggi akan menyebabkan lemak termendap dalam salur darah. Lama-kelamaan, mendapan ini akan menyekat peredaran darah melalui arteri.

“Risiko serangan jantung meningkat apabila jantung tidak menerima bekalan darah beroksigen yang secukupnya,” jelasnya kepada pemberita sempena kempen Cabaran 30 Hari Nestle Omega Plus di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Katanya, aktiviti senaman memainkan peranan signifikan dalam mengurangkan paras kolesterol. Senaman tidak hanya merujuk kepada aktiviti sukan atau menggunakan peralatan di gimnasium.

Sebarang pergerakan badan yang menggunakan tenaga merupakan satu bentuk senaman. Justeru, mulakan senaman dengan berjalan, melompat tali, berenang atau melakukan senaman ringan seperti mengangkat kaki dan lengan di atas katil

“Pengambilan diet yang seimbang juga dapat mengurangkan tahap kolesterol. Badan kita memerlukan lemak yang baik untuk kekal sihat. Lemak trans dan lemak tepu yang berlebihan akan meningkatkan tahap kolesterol dalam darah dan menyebabkan arteri tersumbat.

 

Turunkan bacaan

“Kurangkan pengambilan makanan yang mengandungi lemak jahat. Sebaliknya, tambah makanan yang mengandungi lemak baik dalam diet,” tambahnya.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Perniagaan Unit Perniagaan ProdukTenusu, Nestle (Malaysia) Berhad Ng Su Yen berkata, kempen yang berlangsung sehingga 30 September ini menerima ratusan penyertaan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Menurutnya, kejayaan cabaran itu tidak diukur pada jumlah peserta tetapi terletak pada perubahan positif yang dicetuskan peserta terhadap tahap kesihatan masing-masing. Misalnya, seorang pemenang bulanan baru-baru ini telah berjaya menurunkan bacaan kolesterol sehingga 36 peratus.

Maklumat mengenai tempat dan masa kempen pameran bergerak berhampiran, sila layari laman web www.myhealthyheart.com.my atau laman Facebook Nestle Omega Plus.