Selepas itu, lelaki yang lebih dikenali sebagai Abang Don itu mula merasai kepahitan untuk menjual walaupun satu unit gincu kolagen yang dicipta khusus bukan sahaja untuk merias diri, malah merawat bibir secara berkesan.

“Walaupun jenama kami mempunyai kualiti yang baik sama seperti kebanyakan produk terkenal ekoran penggunaan bahan semula jadi seperti madu, kami mempunyai masalah untuk mempromosikannya kepada umum dalam kuantiti lebih ramai selain di media sosial semata-mata.

“Mujurlah, ada rakan yang memperkenalkan saya kepada gedung beli-belah secara online Amaxmall. Alhamdulillah, apabila berada di bawah syarikat ini, gincu saya bukan sahaja makin dikenali, malah mempunyai pengguna setianya tersendiri,” katanya.

Kategori

Ironinya, pengalaman yang dikongsi Abang Don memasarkan produk di Amaxmall, gedung beli-belah secara online yang semakin dikenali masa kini mungkin sudah banyak dirasai oleh ramai lagi pengusaha produk tempatan.

Tidak tertakluk kepada produk kecantikan semata-mata, Amaxmall boleh disinonimkan sebagai pasar raya secara online yang cukup versatil dengan menyajikan lebih 20 kategori produk termasuklah makanan, produk kesihatan, barang elektrik dan elektronik, fesyen serta kelengkapan ibu dan anak.

Menariknya, bertepatan dengan visi penubuhan syarikat untuk memperkasakan produk buatan Malaysia, lebih 90 peratus daripada 265 jenama yang dipasarkan di gedung beli-belah itu adalah milik Bumiputera.

Antaranya termasuklah produk makanan, Kifayah Kitchen, Auntie Hazel’s Popocorn, Madinah Baked, fesyen (Eddy Mohaiz, Budilman, Allana Exclusive, Barakaff Batik) serta produk kecantikan (Jamu Mak Dara, Imaan Suci Wipes dan Merve Cosmetics).

Ketua Pegawai Eksekutif Amaxmall Sdn. Bhd., Datin Dr. Nik Sarina Hashim berkata, selama hampir dua tahun beroperasi, pihaknya masih berpegang kepada prinsip bahawa produk usahawan tempatan juga memiliki taraf dan kualiti yang cukup baik untuk diketengahkan.

“Dasar penubuhan awal Amaxmall ialah kerana kami tertarik dengan pengalaman menggunakan produk tempatan. Malaysia mempunyai ramai orang yang kreatif, mampu membuat produk, namun kurang pendedahan pemasaran.

“Lantaran itu, Amaxmall diwujudkan. Kami bukan sekadar menghimpunkan jenama, malah membantu pengusaha dalam urusan promosi dengan menyediakan kumpulan kreatif untuk membantu cara pengiklanan yang lebih profesional,” katanya ketika di temui di ibu pejabat Amaxmall di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bantu

Tambahnya, selain platform online, pihaknya juga berusaha membantu usahawan menempatkan produk di beberapa pasar raya besar termasuk Giant dan Cold Storage.

“Sudah banyak jenama yang bernaung di bawah kami, kini berjaya dipasarkan di rak Giant umpamanya termasuklah RKAY, Sos Latifah, Kincir Mas, Dapur Ibu, Opah Yang dan banyak lagi. Sekarang kami sedang mengusahakan untuk bekerjasama dengan Watson Online untuk pasaran lebih luas,” ujarnya.

Terbaharu, Amaxmall melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan membuka kedai fizikal yang bertempat di tingkat bawah pejabat Amaxmall.

Lebih menarik, bersempena dengan pembukaan kedai tersebut, Amaxmall turut bekerjasama dengan beberapa selebriti terkenal seperti Maria Tunku Sabri, Sharifah Shahora, Kenchana Devi dan Faezah Elai.

Penglibatan barisan selebriti untuk turut memasarkan produk di gedung beli-belah tersebut juga disifatkan dapat memberi promosi kepada Amaxmall sekali gus membantu jualan di gedung online dan offline yang disediakan.