Oleh yang demikian, bersempena dengan Bulan Alat Penggendong Bayi (babywearing), jenama pereka alat untuk menggendong bayi terkenal, Ergobaby telah melancarkan kempen Saya Boleh Melakukan Apa Sahaja #INMYERGO.

Kempen #INMYERGO dianjurkan dengan tujuan untuk meraikan pengalaman keibubapaan bersama-sama ibu bapa yang menggunakan alat menggendong bayi.

Pada kempen itu juga, Ergobaby memperkenalkan alat penggendong bayi terbaharunya iaitu Ergobaby OMNI 360 yang direka demi keselesaan terunggul bayi, ibu bapa dan sangat mudah untuk digunakan.

Ergobaby OMNI 360 adalah penggendong yang paling versatil, ia menawarkan pelbagai posisi gendongan, membolehkan ibu bapa menukar kedudukan bayi daripada menghadap ke depan atau menghadap ibu bapa dengan mudah.

Memandangkan penggendong bayi itu boleh dilaraskan untuk kegunaan bayi yang baru lahir sehingga bayi yang sedang bertatih (3.2 hingga 20 kilogram), ia tidak memerlukan pelapik bayi.

Konsultan penggendong bayi bertauliah daripada Malaysian Babywearers (MBW), Siti Arina Raihana Abdul Rashid berkata, alat penggendong bayi umpama penyelamat buat dirinya yang menjalankan perniagaan dari rumah.

"Menggunakan alat penggendong bayi membuatkan saya berasa lebih selesa dan mudah untuk menyusukan bayi.

"Di samping itu, saya juga boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu seperti menyiapkan kerja rumah dan menguruskan keluarga.

"Pada masa sama, saya berasa lega dan tidak perlu bimbang kerana mengetahui anak saya selamat serta sihat bersama saya," ujarnya ketika ditemui pada pelancaran kempen di Happikiddo, Citta Mall, Petaling Jaya, Selangor itu.

Hadir sama Pengurus Jualan Bloom & Grow Asia, Calvin Wong; Pengasas dan Pengarah Urusan Happikiddo, Elaine Chew; rakan kongsi Happikiddo, Samantha Koo dan Naib Setiausaha MBW, Siti Nurul Hidayati Hanin.

Sementara itu, untuk menyertai kempen Saya Boleh Melakukan Apa Sahaja #INMYERGO, ibu bapa boleh berkongsi foto kegemaran mereka bersama penggendong bayi Ergobaby di Instagram dengan cara hashtag, #INMYERGO untuk mengetahui kisah daripada ibu bapa lain juga.