Sekuat mana pun si Adam, Hawa juga mampu menyaingi menerusi kekuatan tersirat yang tersendiri.

Percaya setiap wanita mempunyai semangat juang, pengasas dan pereka tudung label AmeeraZaini (AZ), Nor Ameera Zaini memperkasa martabat kaum Hawa menerusi koleksi #AZFORWOMEN yang dilancarkan pada penghujung tahun lalu.

Katanya, ia sebagai satu inspirasi kepada wanita lain dengan berkongsi kejayaan yang telah dikecapi.

“Koleksi #AZFORWOMEN ini merupakan dedikasi daripada seorang wanita kepada khalayak wanita yang lain.

“Ia menampilkan enam ikon dengan kisah tersendiri daripada selebriti dan personaliti seperti Mizz Nina, Natasha Hudson, Fizzy Idrus, Zarina Zainuddin, Sarah Shahnor dan Kamal Effendi yang mewakili Allahyarham isterinya, Nik Idzni Dalila.

“Kami lakar rekaan tudung berlatarkan kata-kata mutiara yang menjadi simbolik lambang semangat juang setiap wanita yang memiliki tudung empat segi istimewa ini,” ujarnya yang pernah menjadi pengacara program Saffiyya di TV9.

Plaftorm jualan

Jenama tudung AZ mula melancarkan koleksi tudung bawal pertamanya sekitar tahun 2012.

Koleksi tudung bawal bercetak AZ itu laris terjual menerusi platform online dan media sosial.

Selain itu, jenama AZ turut merencanakan pelbagai kolaborasi bersama selebriti dan personaliti termasuk individu berpengaruh media sosial (influencer).

Ia menjadi ikutan dalam kalangan khalayak sambil memberi penekanan terhadap faktor kualiti.

Pada masa sama, setiap koleksi AZ juga boleh didapati pada harga mampu milik.

Koleksi tudung #AZFORWOMEN pula didatangkan dalam lapan pilihan variasi warna.

Antara warna yang diperkenalkan ialah putih (angel white), merah jambu (sweetheart pink), merah jambu muda (precious coral), ungu lembut (sugar blush), kuning (honey yellow), biru muda (baby aqua) dan dua rona edisi terhad, biru gelap (darling blue) serta hitam (classy black).

Kesemua tudung koleksi #AZFORWOMEN boleh didapati pada harga hanya RM89.

Jenama AZ didedikasikan khas untuk golongan wanita yang menekankan penggayaan secara mudah dan gaya yang abadi.

Bagi individu yang mahu melihat sendiri koleksi AZ, mereka dijemput untuk hadir ke bilik pameran AZ terletak di Seksyen 7, Shah Alam yang merupakan destinasi hab fesyen pakaian sopan di Malaysia.

Menariknya, label itu bukan sahaja bertapak di Malaysia tetapi turut mendapat sambutan di negara jiran seperti Brunei dan Singapura dengan jumlah lebih 150 penjual.