Perkembangan ini menjadikan salun sebagai destinasi kecantikan yang lebih praktikal terutama bagi pelanggan untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung.

Bintang K-Pop

Menjadi salah sebuah salun yang menawarkan dua perkhidmatan iaitu salun rambut dan perapian bulu mata di satu premis, The Hair TRIC & Lashility juga telah melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan kedua di pusat beli-belah MyTown Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pengasas The Hair TRIC & Lashility, Tim Low berkata, salun ini bukan sekadar menawarkan perkhidmatan tetapi ia memberikan transformasi magis kepada pelanggan menerusi kemahiran jurudandan rambut dan juruteknik bulu mata profesional dan terbaik.

“The Hair TRIC & Lashility merupakan salun alaf baharu yang menawarkan perkhidmatan kecantikan rambut tetapi juga bulu mata yang dikendalikan oleh penata gaya profesional selain telah lama berkhidmat dalam bidang masing-masing.

“Salun ini merupakan destinasi untuk pelanggan mendapatkan potongan rambut idaman, rawatan rambut terbaik, rona rambut mengikut trend terkini, bulu mata tambahan panjang lagi lembut dan kening mata bak bintang K-pop,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan baharu The Hair TRIC & Lashility di pusat beli-belah MyTown.

Cawangan pertamanya terletak di Jalan Telawi, Bangsar.

Kualiti

Tambahnya, dengan premis berkeluasan 232 meter persegi, premis baharu ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu salun rambut dan salun bulu mata.

Dibuka setiap hari bermula 10 pagi hingga 10 malam, The Hair TRIC & Lashility turut menjaga kualiti bukan sahaja menerusi perkhidmatan tetapi produk seperti rambut palsu diperoleh dari Amerika Syarikat dan bulu mata palsu dari Taiwan.

Menyasarkan pelanggan baharu dan sedia ada di sekitar Cheras dan Ampang untuk pembukaan di MyTown, salun ini juga mengenakan harga yang berpatutan iaitu antara RM75 hingga RM988.

Menurut Tim lagi, selain khidmat potongan dan mencuci rambut, The Hair TRIC & Lashility juga menawarkan khidmat mewarna rambut, rawatan keratin, rawatan kulit kepala dan penyambungan rambut.

“Sementara itu untuk perkhidmatan bulu mata pula meliputi penyambungan bulu mata tambahan, melentikkan bulu mata selain teknik mengait kening mata, garis bawah mata dan kelopak turut ditawarkan di salun ini,” katanya.