Sekali pandang, pasti ramai yang tertanya-tanya rejim kecantikan yang diamalkan bagi mendapatkan kulit wajah sedemikian.

Model dan selebriti media sosial itu tidak sedikitpun ralat untuk berkongsi rahsia kejelitaannya.

Jelasnya, dia dikehendaki untuk berulang-alik ke negara Eropah atas urusan kerja.

“Sudah semestinya, saya mahu tampil cantik setiap masa apabila sedang bekerja dan merantau dalam satu masa.

“Namun, keadaan cuaca di luar negara itu membuatkan kulit saya terasa semakin kering dan sensitif sehingga menimbulkan rasa gusar.

“Mujur saya sentiasa membawa topeng wajah ke mana-mana kerana bagi saya, ia merupakan rejim paling mudah mengembalikan semula kesegaran serta kesihatan kulit wajah saya,” ujarnya ketika ditemui Kosmo! di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ketika ditanya penulis, topeng wajah yang menjadi pilihan Venice ialah topeng keluaran makmal Dr. Jou.

Katanya, dia akan memakai topeng wajah Dr. Jou setiap kali terasa kulitnya semakin kering.

Berteknologi tinggi

Hal ini kerana bagi Venice, ia merupakan rejim paling efektif dan mudah untuk melembapkan kulit wajahnya dalam sekelip mata.

Venice akan meletakkan topeng wajah tersebut pada mukanya dan membiarkan selama 10 minit.

Selepas itu, magis topeng wajah Dr. Jou akan menampakkan kesannya meninggalkan kulit wajah lebih lembap, gebu dan berseri-seri.

Bahkan katanya, dia juga tidak perlu risau berkenaan kulit wajahnya yang sensitif kerana rejim kecantikan tersebut selamat digunakan untuk pelbagai jenis kulit.

Topeng Dr. Jou merupakan rangkaian topeng berteknologi tinggi yang menumpukan keberkesanan hasil terhadap kulit tertentu secara semula jadi.

Ia diilhamkan oleh penyelidik penjagaan kecantikan, Dr. Jou Jun Xu di bawah rangkaian pengeluar produk kecantikan terkemuka dari Taiwan, Dr. Morita.

Dr. Jou yang dibangunkan kira-kira lima tahun lalu memberi fokus terhadap cara paling efektif dan selamat dalam memperbaiki masalah kulit wajah menerusi kaedah topeng berteknologi tinggi.

Rejim kecantikan tersebut setaraf dengan program yang ditawarkan pusat kecantikan profesional, sesuai untuk pengguna yang menghargai nilai kosmetik berkualiti tinggi.

Formulasi Dr. Jou adalah berasaskan bahan semula jadi dan juga ramuan warisan Asia seperti sarang burung, fungus, tremella dan roselle khas, sesuai untuk kulit masyarakat Asia.

Selain itu, sebagai pelopor produk kecantikan berasaskan asid hyaluronik, Dr. Jou mendahului penciptaannya dengan menggabungkan enam intipati asid berkenaan yang berbeza dalam kesemua produknya.

Perubahan

Enam kandungan intipati tersebut terdiri daripada Sodium Hyaluronate, Hyaluronate Sodium Hyaluronate, Asid Hyaluronik Hidrolisis, Hydroxypropyltrimonium Hyaluronate, C12-13 Alkyl Glyceryl Hydrolyzed Hyaluronate dan Sodium Acetylated Hyaluronate.

Jun Xu selaku Ketua Pegawai Eksekutif Dr. Jou Biotech berkata, idea memperkenalkan Dr. Jou mula diketengahkan kerana melihat perubahan yang dialami orang ramai khususnya pada kulit wajah disebabkan faktor penuaan.

“Keadaan tubuh kita semakin berubah disebabkan perubahan masa.

“Justeru, produk-produk serta rejim kecantikan yang diamalkan oleh masyarakat Asia kini perlu menyaingi perjalanan masa tersebut.

“Berbekalkan pengalaman lebih 83 tahun dalam industri kecantikan, kami mengaplikasikan kaedah paling efisien serta berteknologi tinggi bagi mendapatkan kesan optimum,” kongsinya.

Tambah Jun Xu, teknologi kompleks yang terkandung dalam topeng itu membuatkan penyerapan setiap komponen lebih efisien berbanding penggunaan serum.

Hal ini kerana serum yang disapu pada wajah tidak berupaya menyerap sepenuhnya kerana terhalang faktor penyejatan.

Namun, topeng wajah menjamin 100 peratus kadar penyerapan memberikan kesan kulit lembap yang berpanjangan.

Menariknya, topeng wajah Dr. Jou itu memberikan 36 peringkat penghidratan dalam aplikasi sepanjang 10 minit.

Jun Xu menganggarkan sebanyak tujuh juta topeng wajah dihasilkan oleh syarikat tersebut setiap bulan.

Penyelia Bahagian Jualan Antarabangsa Dr. Jou BioTech Co. Ltd, Sylvia Lin berkata, kesemua produk topeng wajah Dr. Jou boleh didapati secara eksklusif di rangkaian Watsons di seluruh negara.

“Kami berasa sangat berbangga kerana dapat menempatkan produk Dr. Jou ini secara eksklusif di Watsons.

“Hal ini kerana Watsons merupakan platform terbaik dalam mengetengahkan produk khusus untuk kulit rakyat Asia,” jelasnya.

Penggunaan topeng wajah merupakan rejim kecantikan paling efektif dari segi serapan serta keberkesanan memelihara wajah.