Pastinya persiapan akhir pada waktu genting ini begitu mustahak sebelum bulan Ramadan tiba beberapa hari sahaja lagi.

Butik Zara Awliya yang terletak di Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor menyediakan pelbagai kelengkapan umrah dan haji di bawah satu bumbung.

Pemilik Zara Awliya, Faridah Hanom Samsudin berkata, pihaknya memberi penekanan pada material pada produk telekung, kain ihram, kurta dan jubah.

Jelasnya, bagi memastikan kualiti terbaik untuk para pelanggannya, Zara Awliya menampilkan pemilihan fabrik lembut, tidak panas, tahan lasak serta sesuai dengan iklim di Mekah dan Madinah.

“Set telekung Safiyah misalnya diperbuat daripada kapas dan sutera premium Jepun.

“Fabrik yang digunakan mesra pengguna kerana ia sejuk dan berpoket. Ia sesuai untuk jemaah umrah dan haji atau dihadiahkan kepada keluarga, rakan-rakan mahupun dijadikan hantaran.

Set kelengkapan

“Rekaan bawah dagunya yang mudah regang sesuai untuk kebanyakan bentuk muka. Kemasan les Perancis atau les kapas di kepala dengan rekaan klasik atau moden,” katanya ketika ditemui di Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Zara Awliya juga menawarkan set kelengkapan umrah dan haji untuk lelaki dan wanita iaitu set Labaika.

Set wanita terdiri daripada telekung mini berpoket, stoking aurat, stoking tawaf, stoking wuduk, uncang kasut, sarung lengan, beg telekung mini, botol semburan wuduk, tasbih digital dan sejadah mini.

Bagi lelaki pula set kelengkapan merangkumi kain ihram, tali pinggang ihram, botol semburan wuduk, tasbih digital dan sejadah mini.

Butik tersebut turut menawarkan telekung mini Medina yang selesa untuk tawaf dan program ziarah.

Ia disertakan dengan poket sembunyi berzip bagi memudahkan jemaah menyimpan kunci hotel, pasport ataupun telefon bimbit.

Menariknya, Zara Awliya menawarkan Telekung Lengan Arissa daripada material denim yang disertakan poket berzip.

Ia Selain menutup bahagian lengan, sekali gus mengelakkan bahagian tersebut daripada tersingkap walaupun ketika melontar jamrah.

Harga untuk produk-produk yang ditawarkan di butik Zara Awliya bermula dari RM20 hingga RM200.