Suriyani perlu mengagihkan secara cermat wang perbelanjaannya itu bagi memastikan tidak terasa sesak pada hujung semester nanti.

Dia bukan sahaja perlu menggunakan agihan wang itu kegunaan harian malah untuk kelengkapan tugasan kursus juga.

Keadaan menjadi sukar apabila dia perlu mengikuti aktiviti seperti majlis makan malam perdana anjuran kelab atau fakultinya.

“Majlis tersebut memerlukan saya berhias untuk tampil cantik dan pada masa sama perlu memastikan pakaian menepati tema yang ditetapkan.

“Semestinya, ia membuat saya sedikit kecewa disebabkan perlu mengeluarkan sejumlah duit demi perkara yang dianggap remeh ini.

“Alangkah baiknya kalau ada butik yang menawarkan kelengkapan wanita seperti baju, alat solek atau wangian pada harga yang murah,” keluhnya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Mujur Suriyani diperkenalkan dengan butik El Zaqia Harris X Chamber Of Dream yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi di Bangi Sentral baru-baru ini oleh kenalan sekuliahnya.

Ia merupakan butik yang menawarkan seleksi produk fesyen keperluan wanita seperti baju kurung, kebaya, hijab, alat solek termasuk wangian eksklusif.

Menariknya, rangkaian produk yang ditawarkan di butik itu dijual pada harga yang sangat murah.

“Saya tidak sabar untuk berkunjung ke butik itu bagi mendapatkan beberapa barang yang diperlukan,” jelasnya.

Butik berkenaan merupakan kolaborasi antara dua butik fesyen dan gaya hidup El Zaqia Harris dengan Chamber Of Dream.

Pusat sehenti

Butik El Zaqia Harris menumpukan perniagaan minyak wangi, gubahan hantaran, pakaian kasual dan jubah Muslimah bersaiz besar.

Chamber Of Dream pula terkenal dengan pakaian wanita dan hijab fesyen.

Kolaborasi kedua-dua butik berkenaan di premis Bangi Sentral menjadikannya pusat sehenti yang menempatkan seleksi produk fesyen.

Ia menawarkan harga runtuh bukan sahaja untuk golongan pelajar semata-mata malah semua lapisan masyarakat dapat menikmatinya.

Sebagai contoh, harga promosi bagi tiga pasang baju kurung hanya berharga RM100. Baju yang dihasilkan juga berkualiiti tinggi iaitu menggunakan kain kapas yang selesa dipakai.

Bagi blaus pula, pelanggan dapat memiliki empat helai dengan belanja hanya RM100.

Fokus

Penggemar hijab fesyen pula boleh menikmati empat helai tudung pada harga RM50.

Pakaian itu dapat ditawarkan pada harga murah kerana ia dihasilkan sendiri. Justeru, pakaian yang dijual terutamanya fesyen Muslimah adalah gaya terkini.

Pengasas bersamanya, Siti Fharyani Ishak berkata, butik tersebut sememangnya memberi fokus terhadap harga murah, sesuai dengan kelompok di sekitar Bangi yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Harga murah itu merupakan keunikan utama bagi butik El Zaqia Harris X Chamber Of Dream bagi menempatkan diri dalam hab fesyen di Bangi Sentral.

“Butik ini dikelilingi IPT awam dan swasta. Justeru, kita mahu menggalakkan golongan pelajar untuk berfesyen pada harga yang berpatutan.

“Hal ini kerana untuk tampil cantik, tidak semestinya mereka perlu berhabisan duit,” jelasnya yang memulakan perusahaan perniagaan keperluan wanita sejak 2014i.

Sementara itu, seorang lagi pengasas bersama butik tersebut, Siti Aishah Rasid berkata, selain menawarkan pelbagai produk pada harga yang murah, kolaborasi dua butik itu sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri.

“Kedua-dua butik ini sudah pun memiliki pengikut tersendiri sejak ia beroperasi kira-kira empat tahun lalu.

“El Zaqia Harris X Chamber Of Dream pasti dapat berkembang dengan lebih pantas dengan sokongan peminat,” ujar graduan peringkat sarjana dalam pengurusan perniagaan di salah sebuah universiti swasta di Selangor.

Siti Aishah yang mesra disapa Sasha itu berharap butik El Zaqia Harris X Chamber Of Dream semakin dikenali dan mendapat perhatian khalayak setempat.

Katanya, walaupun jenama tersebut semakin berkembang suatu hari nanti, tema asal butik itu akan tetap memberi keutamaan harga yang jauh lebih murah.

Selain itu, butik berkenaan sedang merancang untuk membuka cawangan kedua menjelang akhir tahun ini.

Sehingga kini, beberapa lokasi khususnya kawasan tempat tumpuan IPT telah pun dikenal pasti seperti Shah Alam, Johor Bahru, Johor dan Melaka.

Butik El Zaqia Harris dan Chamber Of Dream bergabung di bawah satu bumbung demi meluaskan pasaran, sekali gus menggalakkan pelanggan terutamanya para pelajar berfesyen pada harga berpatutan.