Ia diinspirasikan daripada kehidupan ceria bandar Belgrade di Serbia yang sesuai untuk lelaki urban serta bergaya moden.

Menerusi koleksi baharu itu, LR Larrie menonjolkan rekaan klasik dengan perincian moden serta warna-warna terbaharu.

Ia direka khas untuk memberi inspirasi kepada lelaki urban untuk berfesyen dengan yakin.

Selain itu, koleksi itu juga berkait rapat dengan unsur pembangunan seni bina moden serta lampu yang menghiasi bandar Belgrade pada malam hari.

Koleksi City Life menampilkan warna utama iaitu midnight black (hitam), dusk brown (coklat), evening grey (kelabu) dan dawn brown (coklat gelap).

Ia dibahagikan kepada dua kategori iaitu eksekutif iaitu sesuai untuk kerja harian dan kasual bagi gaya lebih santai.

Kategori eksekutif mengetengahkan rekaan kasut klasik dengan perincian moden.

Diinspirasikan oleh rekaan British Oxford yang berkelas dan diperbuat daripada kulit lembu berkualiti tinggi, sesuai untuk lelaki moden yang mementingkan stail.

Selain itu, kasut LR Larrie yang bertali Oxford telah diberikan nafas baharu dengan corak yang dikemas kini dan perincian yang diinspirasikan daripada bangunan di Belgrade.

Kasut tali berkulit dengan stail Derby pula mempunyai silhouette kemas yang didatangi dua tona warna serta kesan menarik seakan-akan terbakar.

Ia sesuai untuk lelaki urban yang mencari gaya yang kemas serta sofistikated dalam pemakaian harian mereka ke tempat kerja.

Antara rekaan lain yang telah dikemas kini di dalam kategori eksekutif adalah kasut kulit jenis sarung yang selesa dan juga kasut loafer dengan kemasan potongan Venetian daripada kulit lembut serta potongan hadapan apron klasik.

Kasut loafer Venetian yang diperbuat daripada kulit baldu lembut dengan kemasan garisan biru metalik juga pastinya mencuri tumpuan umum.

Ia hadir dalam warna biru dan hitam.

Kategori kasual kebanyakannya adalah daripada kumpulan jenis kasut loafer dan sandal daripada warna gelap.

Ia diperbuat daripada kulit baldu yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk lelaki moden yang mencari keselesaan serta ingin tampil bergaya dalam pemakaian kasut harian mereka.

Kasut loafer kasual hadir dalam dua jenis tona warna yang menonjol iaitu biru dan hitam.

Corak bertekstur juga disertakan dalam rekaan pembuatan kasut kasual menambah sentuhan moden terhadap koleksi tersebut.

Jenis kasut yang menjadi tumpuan dalam kategori ini ialah kasut sandal kulit jenis sarung.

Rekaan yang kemas bersama perincian corak bertekstur sesuai dipakai semasa cuaca panas.