Pencapaian itu sekali gus menunjukkan jenama tersebut semakin berkembang dan diterima masyarakat di negara ini.

Menerusi pembukaan butik yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur itu, Lancome memperkukuhkan lagi jenamanya melalui pelbagai perkhidmatan istimewa buat pelanggan baharu dan pengguna setianya.

Antara keistimewaan butik dengan keluasan 940 meter persegi itu adalah perkhidmatan rawatan ikonik di Lancome Institute Facial Cabine.

Servis wajah

Pengurus Besar Lancome, Chua Sher Le berkata, menerusi pembukaan butik terbaharu dan terbesar Lancome di Asia Tenggara itu, pihaknya memperkenalkan servis penjagaan wajah yang pertama di dunia.

“Salah satu perkara unik yang terdapat di butik terbaharu ini adalah Lancome Institute Facial Cabine. Perkhidmatan ini tidak terdapat di butik-butik Lancome yang lain.

“Ia menawarkan servis rawatan muka dalam sebuah bilik khas yang direka khusus buat pelanggan yang ingin mendapatkan rawatan kecantikan dalam suasana tenang,” katanya pada majlis perasmian pembukaan butik tersebut baru-baru ini.

Hadir sama, Pengarah Peruncitan Lancome, Jasmine Ku; Pengurus Besar L’Oreal Luxe, Jennie Ma; Pengarah Urusan L’Oreal Malaysia & Singapura, Malek Bekdache dan dua selebriti eksklusif Lancome, Zahirah Macwilson dan Venicemin.

Antara rawatan yang ditawarkan adalah rawatan mengaktifkan keremajaan kulit, rawatan antikedutan, rawatan penghidratan, rawatan keanjalan mata dan banyak lagi.

Sentuhan istimewa

Menariknya, kesemua rawatan itu dilakukan di dalam sebuah bilik yang berlatar belakang pemandangan kota Paris. Sesuai dengan jenama mewah Lancome yang dilahirkan di kota Paris, Perancis.

Tambah Sher Le, setiap rawatan ikonik yang ditempah pelanggan, mereka akan mendapat sentuhan istimewa daripada penasihat kecantikan yang diiktiraf.

Menyentuh mengenai hiasan dalaman butik terbaharu Lancome, ia memaparkan kemasan hiasan dalaman yang bergaya dan cita rasa mewah.

“Kami teruja untuk mempamerkan Pink Wall yang khas untuk produk penghidratan semula jadi iaitu Tonique Confort, produk kegemaran rakyat Malaysia,” ujarnya.

Selain rawatan ikonik di Lancome Institute Facial Cabine, Lancome juga menawarkan promosi seperti pek permulaan eksklusif, program kesetiaan butik, tawaran pelekat setem dan hadiah hari jadi.