Ia adalah satu sukan berpotensi tinggi yang menjadi ikutan dan trend khususnya buat golongan belia.

Salah satu jenama papan selaju ikonik terawal ialah Santa Cruz yang dibangunkan pada tahun 1973 oleh peluncur, Rich Novak, Doug Haut dan Jay Shuirman di Santa Cruz, California, Amerika Syarikat.

Jenama itu mendapat perhatian global menerusi rekaan dan cetakan grafik yang ranggi.

Melihat kegemilangan Santa Cruz mempromosi budaya papan selaju, jenama sukan Puma melancarkan kolaboratif istimewa sempena ulang tahun ke-50 menerusi pelancaran kasut suede dan baju-T baharu.

Logo utama Santa Cruz iaitu ikon Screaming Hand direka oleh Jim Phillips Sr. pada tahun 1985 menjadi ikutan trend sehingga kini.

Tapak tangan berwarna biru itu seakan-akan menjerit sambil mulut pada bahagian tengah ternganga luas menjelirkan lidahnya.

Inspirasi di sebalik logo itu ialah kuasa tangan yang digunakan untuk menzahirkan personaliti menerusi kata-kata, seni dan muzik.

Logo tersebut menjadi ikon papan selaju dan dikenali dalam seluruh komuniti sukan itu.

Corak ikonik

Sempena kolaboratif ini, logo tapak tangan berwarna biru itu terdapat pada setiap bahagian tumit kasut suede.

Corak ikonik Puma pula pada kasut suede itu diibaratkan sebagai gelombang berwarna merah dan adrenalin yang dibawa.

Selain itu, perkataan Santa Cruz dan Puma juga tertera pada lidah kasut sniker tersebut.

Bagi melengkapi kolaboratif itu, Puma turut mengetengahkan baju-T iaitu Puma x Santa Cruz Tee.