Aliran gaya maskulin ini menjadi glamor dan popular apabila digayakan pada era 1940-an oleh Katharine Hepburn (ikon filem Barat).

Siluet seluar yang popular antaranya adalah hip slung, potongan lebar yang dipadankan dengan kemeja oxford, jaket atau blaus dalam rona putih mahupun senada.

Mereka jadikan beg dan kasut tumit tinggi sebagai pelengkap gaya. Aliran inspirasi pakaian lelaki dan minimalis ini kelihatan sopan, segak serta kontemporari.

Kali ini, saya memberikan sedikit panduan untuk menjadikan penampilan inspirasi maskulin tersebut agar lebih ranggi.

• Padankan seluar berona terang dengan blaus bercorak. Anda boleh bereksperimentasi dengan kombinasi warna tetapi jangan keterlaluan agar tidak nampak pelik. Anda dinasihatkan agar tidak menggayakan lebih daripada tiga kombinasi warna dalam setiap penampilan gaya ini.

• Putih bersih serta rona lembut dan tenang mendominasi gaya ini. Pemakaian rompi menjadikan penampilan lebih segar serta cukup bergaya.

• Dapatkan juga rekaan jaket bercirikan gaya safari, bersulam ataupun yang penuh kilauan, jaket adalah padanan yang paling mudah untuk mendapatkan gaya semasa. Ia boleh digayakan dengan pelbagai padanan rekaan seperti knit top, blaus dan seluar pendek.

• Padankan kot (blazer, cape dan trench) dengan tali pinggang untuk mendapatkan gaya anggun serta gaya semasa. Terpulang kepada anda untuk memilih tali pinggang dalam apa juga saiz serta bentuk.

• Sut rona putih akan memberikan penampilan yang klasik dalam kelas tersendiri. Elakkan fabrik yang terlalu lembut dan nipis, sebaliknya pilihlah fabrik yang berat sedikit seperti kain kapas dan linen.

Aura

• Seimbangkan seluar yang sememangnya punyai aura maskulin dengan blaus yang feminin. Antara rekaan menarik adalah blaus diperbuat daripada sifon dengan colar peter pan dan lengan gelembung.

• Gayakan seluar potongan baggy atau potongan lebar menjadi pilihan bagi gaya kelasi atau klasik. Anda boleh bereksperimen dengan lipatan tetapi elakkan lipatan yang lebar jika anda agak rendah dan pendek.

Untuk kelihatan lebih menarik, cuba padankan ia dengan kasut bertapak rata dan mini kitten heel. Gaya ini cukup sleek & stylish digayakan di pentas peragaan ataupun ke mana-mana sahaja.

• Chungky jewelry boleh memberikan lebih gaya pada sut anda. Pakailah yang berlapis-lapis untuk menambahkan personaliti pada keseluruhan penampilan.

• Kasut rona yang memeranjatkan boleh menyuntik gaya menarik dan unik dalam apa jua potongan seluar. Kasut tinggi hebat digayakan dengan long trousers dan tapak rata pula paling sesuai untuk skinny ankle-length cut.

• Bagi gaya aktif, padankan seluar anda dengan kasut sniker.

• Katharine Hepburn juga sentiasa mengambil inspirasi pakaian lelaki dalam rona kelabu untuk pakaian seharian dan menjadikan ia sebagai gaya signatur. Kini, ia muncul kembali dalam trend rekaan pakaian dan aksesori yang penuh variasi serta menjadi ikutan.

• Rona kelabu adalah warna neutral yang paling elegan, mudah dan senang digayakan. Ia paling menyerlah jika digayakan dalam rekaan gaun malam yang diperbuat daripada sutera satin.

• Sut rona kelabu pilihan yang tepat untuk ke pejabat selain warna hitam.

• Perlu diingatkan, jika potongan badan anda lebar atau besar, maka warna kelabu cerah adalah pilihan tepat. Rona kelabu paling segar jika dipadankan sebagai warna kontras. Ia juga amat sesuai digayakan dengan apa jua warna kegemaran anda.

• Kombinasi blaus atau kemeja dan rompi lebih menarik digayakan tanpa jaket. Sama ada rompi dibutangkan atau terbuka, semuanya terpulang kepada anda.