Koleksi berkenaan merupakan sniker sporty generasi baharu dengan potongan siluet dan elegan.

Rekaannya diinspirasikan daripada gaya jalanan. Pada masa sama ia memberi keselesaan biarpun dipakai dalam apa jua keadaan dan tujuan.

Sama ada dipakai untuk acara santai seperti membeli-belah atau aktiviti larian dan gim, ia mampu menjadikan hari anda lebih sempurna.

Sniker berkenaan dilengkapi sistem pemampatan intuitif baharu yang menggunakan pelapik bahagian dalam Puma Ignite.

Ia bagi memberikan pengalaman kusyen premium dan tahan lasak bagi mereka yang aktif.

Ignite Limitless SR bukan sahaja memberikan keselesaan semasa berjalan malah mampu memberikan sokongan pada bahagian kaki untuk menjalani aktiviti harian yang serba rancak.

Menariknya, biarpun dilengkapi dengan pelbagai teknologi serba baharu dan tampak kukuh, Ignite Limitless SR ringan pada kaki.

Ignite Limitless SR menampilkan rekaan sniker yang menutupi keseluruhan bahagian atas kaki.

Pada bahagian pengikat sniker itu pula, ia kini menampilkan sistem tali baharu yang menyumbang kepada tahap keselesaan unggul.

Keseluruhan sniker tersebut menggunakan fabrik yang mudah regang.

Selain itu, kolar unik dan label Puma yang menyerlah diletakkan khas pada bahagian tumit bagi menyempurnakan gaya futursitik sniker berkenaan.

Menariknya, kasut berkenaan turut menjadi pilihan artis antarabangsa seperti pemegang Anugerah Grammy, The Weeknd.

Karakter

Jika cinta pandang pertama menjadi pegangan sebelum anda membeli sepasang kasut, Ignite Limitless SR semestinya pasti mencuri hati anda.

Sniker tersebut direka untuk menyampaikan erti unik, moden dan menawan menerusi perincian serta fungsinya yang pelbagai.

Ia didedikasi khas buat individu yang sentiasa bergerak dan mampu melangkau batasan, sesuai dengan namanya.

Jika anda seorang yang berani untuk menggayakan sniker dengan potongan ranggi, Ignite Limitless SR pilihan yang tepat.

Bahkan, bagi penggemar gaya sporty dan santai, Ignite Limitless SR mampu melengkapi karakter serta personaliti individu tersebut.

Sniker dengan gaya futuristik itu dijual pada harga RM579. Ia boleh didapati di semua rangkaian kedai rasmi Puma di seluruh negara.