Bunga ros merupakan simbolik keutuhan romantis, keabadian cinta yang mekar dan perkongsian rasa melengkapi antara dua hati.

Sesuatu pemberian itu lebih bermakna sekiranya ia kekal menjadi representasi kepada lambang cinta itu buat selama-lamanya, sama seperti barang kemas piaget.

Koleksi Piaget ros baharu ini merupakan barang kemas bertema bunga ros yang menampilkan varian emas dan berlian.

Emas merah jambu

Barang kemas seperti rantai, cincin dan anting-anting dihasilkan dengan begitu teliti bagi melengkapi pelbagai karakter wanita seperti feminin, lemah-lembut, riang, berkarisma dan penuh inspirasi.

Pemilihan tema bunga ros yang juga lambang romantis merupakan deklarasi cinta yang agung sempena hari istimewa.

Rantai Piaget ros didatangkan dalam warna emas merah jambu dengan kilauan terang seakan-akan tidak pudar, seperti rasa cinta itu sendiri.

Disemat erat pada leher, kelopak bunga ros yang mekar itu menyerlahkan kilauan berlian di dalamnya.

Anting-anting Piaget ros emas merah jambu 18 karat pula bergemerlapan menyerlahkan lagi sisi elegan wanita yang memakai.

Untuk koleksi cincin pula, Piaget memperkenalkan tiga cincin ros dengan perincian berbeza.

Cincin tersebut dihasilkan sebagai replikasi bunga ros dengan kemasan mutiara Akoya, berlian dan juga batu nilam merah jambu.

Bagi wanita yang tercari-cari deklarasi cinta yang mempesonakan untuk si dia, jam tangan Piaget Polo S merupakan hadiah yang cukup sempurna.

Ia didatangkan dalam keluli tahan karat dengan nilam zamrud, dail biru dengan jarum Superluminov.

Berketebalan 9.4 milimeter, ia kais air sehingga kedalaman 100 meter yang cukup sinonim untuk lelaki lasak.

Semestinya koleksi Piaget ini merupakan sesuatu yang cukup istimewa dan melengkapi hari bahagia anda.

INFO:

Lokasi: 201A-C, Jalan Ampang, Lot G38, Ground Floor, Suria KLCC, Kuala Lumpur
Telefon: 03-2078 7078
Laman web: www.piaget.com
Facebook: piaget
Twitter: piaget
Instagram: @piaget
Youtube: piaget
Weibo: piaget