Natasha yang ditubuhkan sekitar tahun 1999 oleh pasangan suami isteri, Dr. Fredi Setyawan dan Drg. Tantri Onny Bianti itu turut menawarkan rangkaian inovasi produk berteknologi tinggi untuk kecantikan wajah, rambut serta tubuh badan.

Peneraju rejim kecantikan dari Indonesia itu kini melebarkan sayapnya dengan pembukaan pusat kecantikan baharu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kata Pengasas Bersama Natasha, Dr. Fredi Setyawan, pembukaan pusat kecantikan Natasha di Malaysia itu merupakan cawangan rangkaian jenama tersebut yang ke-100 di seluruh dunia.

Langkah signifikan tersebut menjadi penanda aras bagi Natasha sebagai sebuah pusat rawatan kecantikan dan penjagaan wajah yang dipercayai di Indonesia.

“Matlamat perkembangan jenama Natasha ke Malaysia adalah mahu mendidik kepentingan penjagaan kulit dalam diri masyarakat tempatan.

“Selain itu, ia juga disifatkan sebagai memenuhi permintaan terhadap produk kecantikan yang diiktiraf halal dan rawatan berkualiti tinggi,” ujarnya menerusi kenyataan akhbar baru-baru ini.

Butik yang menampilkan rekaan seni bina elegan dan moden itu turut menawarkan rangkaian prosedur rawatan kecantikan pelbagai.

Rawatan yang menjadi pilihan di pusat kecantikan tersebut ialah seperti rawatan pembersihan wajah mikro oksigen, ultra bunyi berfokus intensiti tinggi dan spa badan.

Fredi menambah, Natasha percaya bahawa setiap kulit itu merupakan anugerah yang wajar dipelihara dengan rapi kerana ia dicipta berbeza.

Justeru, rawatan dan produk ditawarkan seharusnya berbeza-berbeza supaya hasil yang optimum dapat dicapai.

Sehubungan itu, Natasha memperkenalkan tiga varian penjagaan kulit wajah yang sesuai untuk golongan remaja, lelaki dan wanita.