Jika anda menghadapi masalah berkaitan rambut seperti kelemumur, rambut kering dan gugur, produk keluaran tempatan, Cabello adalah solusi terbaik.

Dirumus menggunakan empat elemen semula jadi iaitu aloe vera, limau purut, minyak kelapa dan minyak jojoba, syampu Cabello mampu menyerap masuk menembusi folikel rambut sekali gus memungkinkan nutrisinya sampai ke akar dan kulit kepala.

Paling penting, kombinasi minyak jojoba bersama pati aloe veranya bukan sahaja mampu merawat kegatalan kulit kepala, malah meningkatkan pertumbuhan rambut.

Sementara minyak kelapa dan limau purut pula membantu efek berkilat serta menghitamkan rambut agar kelihatan segar dan sentiasa muda.

Dijual dalam bentuk set bersama pelembap, anda kini mempunyai lebih pilihan untuk rambut sihat tanpa perlu ke spa dan pusat rawatan rambut.